Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 Januari 2014

Pahit Manis 2013

Kita tinggalkan seketika siri jelajah di obesi.
Hari ni nak sambung kisah terkini..

Pejam celik pejam celik dah menjelang 2014.
Cepat sungguh masa berlalu.
Banyak kisah pahit manis yang telah ibu sekeluarga lalui di Tahun 2013

Di awal tahun(Januari ) ibu terbang ke obesi @ Vietnam semata-mata untuk shopping sambil singgah ketempat-tempat menarik di sana..
Tidak puas bershopping di Vietnam, bulan Jun sekali lagi ibu terbang ke Bandung untuk
tujuan yang sama.
Penutup Tahun 2013 sekali lagi ibu terbang ke obesi siri jelajah ke beberapa
Negera China iaitu Macau, Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou.
Misi dan Visi ibu tercapai untuk melancong di 3 buah negara di tahun 2013...
Insha Allah...2014 ada agenda yang sedang dirancang
 dan semoga ianya berjalan lancar.......

2013 juga memberi khabar gembira buat kami sekeluarga bila Angah
Tidak lama kemudian Along pula menyusul.
Memanjat syukur yang tidak terhingga di atas kejayaan anak-anak.
Tidak terucap dengan kata-kata kebahagiaan seorang ibu dihadiahkan
kecemerlangan daripada anak-anak tercinta..
Semoga 5F terus cemerlang di tahun-tahun seterusnya...InsyaAllah.

Syukur pada Allah kerana di awal tahun 2013 ibu dan ayah mendapat khabar gembira.
Ibu menerima tawaran kenaikan
pangkat tanpa menyandang apa-apa jawatan.
Dan ibu antara junior yang mendapat tawaran ini di daerah ibu mengajar......
Menyusul pula Ayah menerima kenaikan pangkat.
Alhamdulillah rezeki anak-anak yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga.....

Disebalik kegembiraan kami juga diuji dengan sedikit ujian di penghujung 2013.
Kalau tak silap ibu pada bulan Julai, Ayah dimasukkan ke wad.
Akhirnya ada jadi pengidap beberapa penyakit yang amat ditakuti.
Ayah terpaksa bergantung pada ubat-ubatan hingga ke akhir hayat.
Begitulah hidup kita, bukan sentiasa sihat.
Sesekali diuji dengan pelbagai jenis penyakit.
Petengahan November ibu pula diuji dengan demam denggi.
2 minggu kemudian Along pula menyusul kerana mengidap
demam denggi....
Sedikit ujian yang Allah berikan di atas banyak nikmat yang diberikan
buat kami sekeluarga...
Ibu terima dengan redha segalanya..........

Banyak lagi kisah pahit manis yang tidak mampu ibu catatkan di sini.
Begitula hidup kita sentiasa berputar seperti roda.
Cuma harapan ibu, semoga Allah melindungi kami sekeluarga
dengan rahmat dan kasih sayangNya.
 Ibu doakan agar 2014  memberi sinar yang lebih membahagiakan kami
sekeluarga......Insha Allah.....amin.

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN
BLOGGER IBU YANG SENTIASA DI HATI......


30 Disember 2013

Hong Kong Part 1- Avenue Of Stars

Selamat Tinggal Macau.
Entah bila la nak sampai lagi ke sini.
Setelah 1 hari 1 malam berada di Macau,
kami meneruskan siri jelajah ke Hong Kong.

Hari ke 2 kami mula bergerak ke Hong Kong.
Menaiki bas ke jeti dan perlu melalui pemeriksaan imegresen yang ketat sekali lagi.
Tension betul.
Antara Macau dan Honk Kong seolah-olah 2 buah negara
yang berbeza dan tidak sehaluan.
Pegawai imegresen pun sama seperti di Macau,
bermuka bengis, masam mencuka dan tidak mesra alam..
Rasa nak je bagi penumbuk sebijik sebagai salam perkenalan.
Ibu sempat juga kutuk-kutuk diaorang dalam versi Kelate.
"Doh la muko huduh..berlagok..5sen xlaku weh"....Muahaha.....
Bukan main adik dan anak2 gelak.
Depa pandang sinis tengok kami gelak.
Pedulikan...hahaha....
Perjalanan dari Macau ke Hong Kong mengambil masa 1 jam
dengan menaiki feri..
 Kami menaiki feri yang 3 kali ganda besar berbanding feri ke P.Langkawi.
Di atas feri disediakan mini bar dan pelbagai kemudahan lain.
Nak main kejar-kejar pun boleh..
Ada berani???????
 Menunggu untuk menaiki feri ke Hong Kong.
Jetinya sangat-sangat besar dan canggih.....
 Tidak lama kami menunggu.
Dalam 10 minit pengumuman dibuat untuk kami berlepas.

Selajur dalam feri ada 9 tempat duduk....luas dan selesa.
Kerusi pun macam dalam flight.
Suhu mencecah antara 5-6 darjah celcius.
Sejuk dah tahap frozen.
Kami juga disambut dengan bangunan pencakar langit dan kereta-kereta mewah
 menjalar di jalan raya.
Rasa diri ini bertambah miskin di sini......huwaaaaa......
Penduduknya tidak mesra alam.
Main langgar je bahu kita tanpa memohon maaf.
Hish!!!! rasa ringan je tangan nak bagi penumbuk...muhaha.....
Bak kata Farouk :
Orang sini tak ada rukun negara ke 5 kot ibu..... he3x

TIba di Hong Kong kami di sambut oleh seorang pemandu pelancong yang lain bernama John.
Boleh tahan mesra alam.
Yelah dah tugas dia jadi pemandu pelancong dan perkhidmat dia
tu kami bayar.....
Nak tak nak kenalah dia "berlakon" jadi mesra kot...he3x.
Katanya gaji dia mencecah RM18,000 sebulan.
Melopong mulut ibu.......memang kat sini negara maju.
Tak heran kalau taraf hidup mereka tinggi......

Kami dibawa pusing-pusing bandaraya H.Kong yang begitu maju.
Penduduknya amat-amat padat....
Lepas tu kami dibawa ke Avenue Of Stars.

Bergambar dengan  Bruce Lee Statue.

Farouk bergambar dengan salah satu cop tangan pelakon terkenal HK.
Kat sini banyak cop tapak tangan pelakon terkenal dari H.Kong.
Ibu pun bukan kenal sangat depa ni.
Yang tahu cuma Bruce lee dan Jackie Chan.
Yang lain tu main belasah jelah.....

Nampak replika paksa kanak-kanak rebina posing.
Nasib la anak-anak ibu.
Entah bila lagi kita nak sampai sini.
Tahun depan sisi cuti-cuti obesi dah tak masuk list ke China nie....he3x.....

Masa kat sini orang ramai sangat walaupun sejuk membeku.
Nak posing kena menyelit jelah.
Pandai2lah nak hidup kat negara orang....

Bangunan pencakar langit diseberang muara sungai.....

View bandaraya Hong Kong yang pesat maju....
Kanak-kanak rebina dah sejuk membeku....
Berlatar belakangkan bandaraya HK.
Kami tak lama di sini kerana hujan mula turun.
Memang kurang bernasib baik kerana masa kami tiba,
HK dilanda suhu sejuk dan hujannnnn....
Rasa beku untuk menjelajah ke tempat-tempat lain.....huhuhu.....
Selamat Tinggal Avenue.
Rasa terkilan pulak tak sempat nak menjelajah secara terperinci kat situ...
Ok, Jom2 ke Disneyland.
Kanak-kanak rebina dah tak sabar-sabar nak ke sana.

27 Disember 2013

Cuti2 Malaysia Pulak -Siri 1

Kita rehat kejap kisah-kisah cuti-cuti obesi tu ye.
Nak cerita tentang cuti-cuti Malaysia pula.....

Hari Selasa kami ke Melaka.
Sekadar menjengah Along menjelang exam.
Jemput Along di UTeM dan terus ke bandaraya Melaka.
Pergi pot feveret anak-anak kat Mahkota Prade sebab
kat situ semuanya ada.
Outlet baju berjenama pun murah.

Kami sekadar pergi shooping2, tengok movie dan makan-makan.
Spend masa secara berkualiti dengan anak-anak adalah saat
yang paling indah.....

Bahagianya bila 4 FARAH berkumpul.

Misi pertama isi perut kenyang-kenyang sebelum projek seterusnya bermula.
Kami singgah makan di Station Cafe.

Isi perut kenyang2....

Naurah, Angah dan Along...

Menu yang kami order....
Beby-Nasi + Sea food black pepper

Dan Beby jugak order szzling balck pepper

Along makan nasi ni. Ibu pun tak ingat apa nama menu nie.

Angah- Nasi goreng tomyam

Naurah-nasi goreng pattaya

Ibu dan Farouk makan chicken chop.
Rasa masakan kat sini boleh tahanlah.
Harga kami anak makan pun dalam sekitar RM120.

Dah kenyang kami pergi shopping-shopping dulu.
Anak-anak dara ni bila berkumpul memang macam tulah.
Kalau boleh dengan Mahkota Prade tu mereka nak beli....he3x...

Setelah penat bershopping kami pergi tengok movie cerita Frozen.
Movie bermula pada pukul 2.05 petang.
Dah ramai orang masa tu.
Tunggu Along dan Angah pergi beli tiket.

Posing dulu....

Tunggu masuk ke dalam....

Budak yang suka membebel.Macam mak nenek rupanya...
Ikut perangai sapalah sebab Ayah kalau pergi jalan-jalan sporting je....
Aduyai...geram pulak ibu budak sorang nie..

Cerita ni memang best.
Amat sesuai untuk tontonan keluarga.
Ada orang yang berjurai air mata masa menonton movie nie....hik3x....

Habis movie sambung shopping lagi dan 

Farouk buat muka bosan.

5F yang ceria.

Lalu sini tapi tak masuk sebab ibu tengok masa kecik je tempatnya.


Hasil rembatan Beby.
Yang lain tak sempat nak snap.
Aduyai, Beby ni bershopping boleh tahan.
Kalah ibu dibuatnya.....

p/s:
Masa n3 ini keluar  kami dah sampai ke destinasi cuti2 Msia
siri ke 2 selama 3 hari 2 malam.
Cuti ni sebagai penutup tahun 2013........

About me