Ibu sekeluarga diuji dengan sedikit ujian dari Allah.
Ujian untuk mendekatkan lagi diri hamba padaNya.
Ujian untuk mendekatkan lagi diri hamba padaNya.
Angah nun di UiTM Kuantan yang sedang dilanda musibah.
Hati seorang ibu gundah gulana bila terima sms :
"Ibu, air makin naik...kat kolej ni terputus bekalan letrik, air, talian internet dan makanan...
Sejak smlm kami kelaparan, lunch tadi kami cuma dibekalkan dengan roti dan air mineral....doakan kami ye ibu.
Tersentuh naluri seorang ibu.
Sedih, sayu, terkilan dan berbagai-bagai rasa.
Hanya pada ALLAH tempat ibu menadah tangan memohon agar Angah dan rakan2
Sentiasa dibawah lindunganNya.
Petangnya terima call daripada Along nun di UTeM.
" Ibu, along demam panas, sakit kepala teramat dan bisa-bisa badan.....
Ya Allah, sekali lagi hati ibu gundah gulana.
Dari suara Along ibu dah tahu
Along benar2 tidak sihat.
Kerisauan berganda bila kesakitan Along lebih kurang sama yang ibu alami semasa denggi..
Dengan bantuan rakan2, along dibawa dapatkan rawatan di klinik u.
Hati ibu gelisah...ingin ibu terbang ke sana tapi along menolak...
"Takpe ibu, nanti kawan2 tengokkan along...kesian ibu jauh nak datang..
Menjelang Maghrib ibu call Along.
Keadaannya makin tak stabil.
Badannya mengiggil n demam makin panas.
Tanpa bertangguh, ibu dan ayah meredah malam menuju ke lebuh raya utara-selatan.
Tak mampu ibu untuk berdiam diri dengan kesihatan along di sana.
Akhirnya kami jemput along dan bawa balik ke rumah.
Sekali lagi ibu diuji.
Baca fb family.
" kak, tadi ada tembakan di luar universiti semasa yu sedang exam.
Ada beberapa orang tercedera...
Patutlah pensyarah panjangkan tempoh exam 30 minit...rupanya ada rusuhan kat luar universiti.
Ya Allah, rasa nak luruh jantung ibu mengenangkan adik tersayang berjuang untuk mengengam segulung ijazah dan bergelar doktor tapi berdepan dengan situasi nyawa dihujung tanduk.
Tiada daya dan upaya untuk ibu lakukan,
sekadar menadah tangan memohon perlindungan Allah.
3 orang insan kesayangan ibu ditimpa musibah dan ujian dalam masa yang sama.
Ibu perlu kuat dan tabah dalam situasi ini.
Sepatutnya malam ini ibu terbang pulang ke kampung namun terpaksa dibatalkan.
Mungkin ada rahmat dan rahsia disebalik ujian ini.....
Hanya Allah maha mengetahuai.
Lindungilah kami dengan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.
Permudahkan segala urusan kami.
Amin.amin.amin.