Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Ogos 2013

Buat Apa tu???

Leka sungguh.
 Balik sekolah mengadap benda alah nie....

 Aksesori yang digunakan...

 Berhenti kejap..pergi mengaji...balik mengaji sambung lagi dan lagi.....

dan lagi.......

Kisah selanjutnya akan bersambung.............

26 Ogos 2013

Raya Kat Sekolah Pulak.....

Sejak 19hb ibu mula bekerja dan akan terus bersambung tanpa cuti hingga 30hb.
12 hari bekerja tanpa rehat.
Tapi tak kisahlah kan. 
Kalau ikutkan memang penat tapi situasi inilah yang dapat "top-up" semula
waktu-waktu yang mungkin ibu tercuri tanpa sedar.
Moga rezeki yang ibu dapat benar-benar berkat dan halal.....InsyaAllah.

Ibu dan Farouk posing dulu sebelum melangkah ke sekolah.
Sedondon la pulak kami kali ini.

Sabtu, Sambutan Raya Peringkat Sekolah.
Program tahunan yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak didik.
Hari inilah mereka semua mampu bergaya ke sekolah.
Semuanya cantik bergaya.

7.20-9.30 pagi murid-murid belajar seperti biasa.
Program bermula pada 10.30 pagi.
Maklumlah sekarang ni kena patuhi MMI.

 Warna warni yang ceria....

 Kuih muih yang dibawa oleh anak-anak murid.

Hidangan untuk murid-murid.
Ketupat segera + rendang + lodeh + sambal kacang.

 Dan cikgu jugak dah kelaparan.
Menu untuk cikgu pun lebih kurang sama dengan murid cuma ada ayam masak merah.
Motifnya: ada beberapa orang rakan guru tak makan daging.

 Farouk yang dah mula serabai.....alahai.

 Ada persembahan lagu raya.
Suka tengok persembahan budak-budak nie.
Penuh warna warni dan santai.
Sweet je.

Ada pertandingan busana cantik + bergaya.

 Farouk pun join jugak tapi tak menang pun...he3X...

Pertandingan marhaban.

Program berakhir tepat pukul 1 petang....
Hari Ahad ada program lagiiiiiiiiiiiiiii......

25 Ogos 2013

Semoga dipermudahkan.

Mesir bergolak jiwa family ibu turut bergolak hebat.
Perasaan sedih + marah + kecewa + simpati bila menyaksikan umat Islam diuji begitu hebat.
Lebih perit mengenangkan nasib adik ibu, Muhammad Khairul Anuar ( Yu ) di sana.
Ini kali ke 2 adik yu menempuhi situasi sebegini.

Hati siapa yang tak risau bila situasi ini berlaku.
Setiap hari ibu memujuk hati agar tabah dan sabar.
Dalam setiap doa-doa ibu tak pernah lupa berdoa untuk insan-insan disana
terutama adik yu.

Tahun ini kali pertama adik yu menyambut raya di sana 
kerana kengkangan masa menghadapi peperiksaan perubatan tahun ke 5.
Jika selama ini adik yu sentiasa pulang ke tanah air untuk menyambut 
Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga tapi tahun ini dia terpaksa
memendam rasa demi sebuah kejayaan.
Allah menguji adik yu dan rakan-rakan.
Disaat mereka diambang peperiksaan yang tidak berapa hari lagi
keadaan mereka sudah tidak lagi selamat disana.
Mereka diarah pulang.

Sebak dan sedih bila baca status adik yu.
Ibu tahu dia seorang yang amat tabah.
Sepanjang 5 tahun dia di sana, terlalu banyak ujian yang dia lalui.
Terkeluar juga dari hatinya rasa terkilan kerana menolak tawaran untuk
melanjut pelajaran dalam bidang yang sama (perubatan) di Eropah dan UM dulu.
Impiannya ke Univrsiti Zagaziq pun diatas tajaan JPA untuk menjadi seorang doktor yang 
berpendidikan agama.
Itulah cita-cita adik yu.

Sambutan Hari Raya pertama adik Yu di rumah salah keluarga di sana.
Walaupun dalam keadaan negara mesir bergolak mereka masih mampu berkumpul
untuk meraikan aidil-fitri.

Solat sunat Aidil-Fitri di stadium Zagaziq.

Adik Yu (tengah) bersama rakan-rakan.

Rakan-rakan sealiran.

Sehingga hari ini kami sekeluarga masih menanti
giliran adik Yu untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Dan hati bertambah sebak dan sedih bila adik yu berkata:
"Kalau terjadi apa-apa pada Yu, anggaplah Yu mati syahid di sini......".

Ya ALLAH,
Lindungilah umat Islam di sana.
Permudahkanlah urusan
adik Muhammad Khairul Anuar (Yu) dan
rakan-rakan di sana.
Semoga mereka semua dibawah perlindungan dan kasih sayangMu Ya ALLAH.

p/s:
Hari ni ada program sekolah lagi walaupun hujung minggu..
Bersiap untuk bersama 20 orang murid bagi kunjungan marhaban
di beberapa buah rumah.



About me