Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Julai 2013

Kenang Daku Dalam Doamu..

Semalam satu lagi peristiwa bersejarah tercatat dalam program di sekolah ibu.
Majlis persaraan Guru Besar @bonda yang telah bersama kami lebih kurang 2 tahun lebih.

Sudah pasti rakan-rakan guru sibuk membuat persiapan
walaupun sambutan amat sederhana.

 Pelamin yang amat simple hasil tangan 'wonder-pets'....

Orang yang kami raikan. Hajah Nik Fauziah merupakan bos ibu merangkap "bonda" yang penyayang.
Terlalu banyak nasihat dan tunjuk ajar yang "bonda" berikan pada ibu selama
kami bersama...

Farouk...Sedih katanya......dia pun menitiskan airmata.
Tapi memang Farouk ni punya hati yang lembut......mudah tersentuh..

Persembahan guru dan murid- Tajuk lagu "Salam Terakhir".
Ibu tidak dapat join sebab merangkap jurukamera.

Pelukan erat seorang'bonda' pada anaknda....
Dah nekad tak nak nangis namun tewas juga bila 'bonda' membisikkan sesuatu ke telinga ibu.
Sayu, sedih, tersentuh........
Terima kasih bonda di atas segala-galanya.....
Akan ku kenang bonda dalam setiap doa2.....
Huwaaaaaaa........ibu mengundang suasana sedih.......

 Bergambar bersama 'bonda' disaat terakhir...

Lambaian terakhir dari kamii.....

"Bonda" diarak dengan jeep dan diiringi persatuan skuter BG.
Saat ini hati bertambah sayu.......

 Lambaian terakhir daripada anak-anak didik buat seorang 'bonda'...
Semoga "bonda" sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.
Selamat Bersara dan selamat menjalani kehidupan baru setelah berkhidmat selama lebih 35 tahun....


1 Julai 2013

Projek Keychain Felt Ibu

Semasa awal cuti sekolah hari tu ibu agak sibuk....
Sibuk menguruskan kemasukan Angah ke IPTA..sibuk nak ke Bandung.
Dalam kesibukan ibu mencuri sedikit waktu untuk meneruskan projek PSS.
Kononnya nak habiskan stok kain felt ni.
Gigih menyiapkan keychain2 nie....


4 pieces = RM10.

Alhamdulillah projek ibu untuk menambah dana PSS mendapat sambutan.
Cuma sekarang masa ibu agak terhad untuk mengadap semua ni.
Lagipun dulu ibu dibantu oleh Angah.
Sejak Angah dah tak ada, mood ibu untuk membuat keychain berkubur....huhuhu....

p/s:
Awal Julai, ada majlis persaraan GB esok hari.
Kesibukan terus melanda........

30 Jun 2013

Program SK Ibu-Jun

Lama dah ibu tidak bercerita tentang aktiviti di sekolah.
Tempat ibu mencari rezeki sesuap nasi...
Banyak program berjalan bulan nie.....

A. Kursus Motivasi
12 Jun-sekolah ibu adakan kursus motivasi murid Th 6.
Penceramah jemputan ialah Da'ie Mohamad Azamudin@Azam.
Finalis program da'ie TV3.
Ibu pun sebenarnya tak kenal jugak da'ie nie sebab jarang sangat
tengok program tu.....he3X.......
Masa dia datang baru kenal siapa dia...
Itu pun kecoh ibu dok tanya rakan-rakan siapa empunya diri..

Best jugaklah Da'ie Azam ni bagi motivasi.
Kelakar dan dapat tarik minat budak-budak.
Tak kering gusi kami gelak....
Budak-budak pun suka sangat.

 Ibu snap dari belakang je.
Masa ni sedang memantau 2 orang budak noty yang tak tahu dok diam...
alahai, menganggu betul.

 Sempat la cikgu-cikgu yang comel ni bergambar dengan da'ie Azam.....

 Dan cikgu gediz ni pun sibuk nak bergambar....he3X....

B. Cenderahati Hari Lahir
Hari Isnin (17.6.2013) pulak ada penyampaian cenderahati sempena
Hari Kelahiran cikgu-cikgu (April-Jun)
Masa ni ibu tak gitu sihat.
Lepas turun pentas terus bergegas ke klinik.

C. Hari Terbuka dan Kantin.
Hari Rabu 19.6.2013 pula di adakan Hari Terbuka @ Kantin.
Cikgu-cikgu yang bergelar guru kelas jalani tugasan untuk bertemu sua dengan ibu bapa.
Cikgu-cikgu yang bukan guru kelas dengan gigihnya berniaga bagi menambah dana
untuk murid-murid.....

Along pun turut serta membantu ibu dan rakan-rakan guru berniaga.

Pada Hari Jumaat ( 21.6.2013) keadaan jerebu dalam keadaan merbahaya
di Daerah Muar ( 400+) dan murid-murid di cutikan.
Cikgu-cikgu tetap hadir bertugas.
Bayangkan cikgu hadir tanpa murid.
Hari Isnin (24.6.2013) arahan darurat dikeluarkan.
IPU mencatat 745+ pada jam 7 pagi.
Kami diarah bercuti akibat tahap ipu makin kritikal.

Malam Selasa (8 malam) darurat ditarik balik dan sekolah dibuka seperti biasa.
Dan yang pasti ibu bapa dan murid keliru dengan arahan yang dikeluarkan.
Kehadiran murid dah dijangka.
Tak sampai 1/3 hadir.
Sekolah masih lengang........

D. Jerebu
Kejadian ni berlaku sehari sebelum anak-anak comel ni di cutikan akibat jerebu.
Cikgu konon2nya nak sponser mask untuk pengidap athma saja
tapi 1 kelas mengaku pengidap athma...
Aduyai...sabar jelah budak-budak nie.
At last, stok untuk ibu pun habis dikerjakan anak-anak comel + mengada nie.....

Setelah 4 hari bercuti, murid Tahun 1 yang hadir cuma 7 orang saja.

Ibu terpaksa isi aktiviti PdP dengan adakan program NILAM.
Ibu tak dapat nak jalankan PdP seperti yang dirancangkan
memandangkan kehadiran yang begitu sedikit....

E. Program Pengamalan Keluarga Sakinah.
Program anjuran bersama sekolah ibu dengan Keluarga Sakinah
dijalankan pada 29.6.2013 (Sabtu).
Program ini dirasmikan oleh
YB Datuk Ir Hamim Samuri (Timb. Menteri Perdagangan Antara Bangsa & Industri)
Paluan kompang ,bunga manggar dan bunga telur menyambut VVIP.

Ketibaan YB.

 Program untuk ibu bapa dan anak-anak diasingkan.

Acara bercukur secara Islam.
Menurutnya, sekarang kita terlalu banyak melakukan acara bercukur berdasarkan adat
berbanding merujuk kepada agama....

4 orang bayi yang selamat menjalani acara bercukur.
Rambut-rambut bayi ini dicukur, ditimbang dan dinilaikan mengikut harga emas......
Wang  itu disedekahkan kepada fakir miskin.

Acara seterusnya ikrar ibu/bapa/anak yang akhil baliqh.
Ada ikrar antara ibu/bapa dan anak-anak dan sebaliknya.
Farouk pun join juga walaupun belum akil baliqh...
Sebagai pembelajaran untuk dia.

Farouk melafazkan ikrar didepan ibu...
Sayu pulak hati ibu.
Mata farouk berkaca dan manik-manik hampir tumpah.
Doa ibu semoga anak-anak ibu menjalani kehidupan berlandaskan ajaran Islam sebenar...
InsyaAllah....

Ada lagi program besar menanti di bulan Julai nie............

About me