Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Jun 2013

Kau Racun....Kau Penawar...Kau Nyawaku

Hidup ibu tak sempurna tanpa KAMERA.
Walaupun ibu ni langsung tak ada asas dalam photografi.
Gambar yang ibu snap pun entah apa-apa.
Tapi itulah hobi ibu......
Jeles bila tengok gambar yang Dinas snap.
Semuanya cantik2.......

Sekarang Ayah dan anak-anak berkongsi minat yang sama dengan ibu.
Suka mengambil gambar sebagai kenangan bila kami outing .
Mungkin ayah tahu minat ibu, suka tepek gambar dalam setiap n3....he3X.

Inilah koleksi kamera yang ada pada ibu sekarang.
No 1 dah lama tersadai kecuali bila Along ada barulah dslr tu berfungsi.
No 2 ayah baru beli bulan lepas.
No 3 Koleksi yang paling lama bertahan dalam hidup ibu. Ayah belikan.
Sekarang mula dah sakit. Sekali ok, sekali ko tapi masih berguna.
No 4 Ayah juga beli sebab ganti kamera spesis yang sama hilang.
No 5 Ibu baru beli semasa nak pergi Vietnam tapi hilang 2 minggu lepas di Kuantan.
Lebih sedih ianya pergi bersama kenangan di Vietnam dan Bandung.

Ibu akui, ibu seorang yang cuai.
Mungkin juga faktor umur kot.
Ibu sedih bukan sebab kehilangan kamera ( dalam hati memang sedih sebenarnya!!!!)
 tapi yang menyedihkan banyak gambar kenangan lesap sekelip mata.

InsyaAllah, ibu akan ganti kehilangan no 5 tu sedikit masa lagi memandangkan 
no 3 dan 4 masih mampu berkhidmat.
No 1 dan 2 tidak tersenarai sebagai feveret ibu kerana ibu tidak suka angkut dslr.
Ibu lebih suka kamera digital kompak kerana senang dibawa dalam handbag ibu.....
Semoga ibu tidak cuai lagi pada masa akan datang......InsyaAllah.

p/s:
Ayah tak nak hadiahkan ibu kamera digital lagi ke????

17 Jun 2013

JJCM di Bandung

Salam Isnin.
Hari ini ibu tak begitu sihat.
Seawal pagi dah terpacak kat sekolah tetiba rasa nak pitam dan pandangan jadi double vision.
So waktu perhimpuan terus minta izin ke klinik.
Hari ni diberi cuti......

Oklah hari ini nak cerita pasal JJCM masa kat Bandung.
Biasanya kalau ke luar negara, perkara utama ialah
yang kita fikirkan ialah berkaitan dengan makanan.
Kat Bandung teramat banyak gerai makan.
Bersepah-sepat tepi jalan.
Tapi kami diingatkan agar tidak membeli sebarang makanan di tempat
sebegitu kerana di takuti keracunan dan ada setengahnya tidak halal....
Cara yang selamat kita perlu kunjungi restauran yang terjamin kebersihan dan status halal.
Awas ye ibuk2!!!!!!!

Semasa di Bandung kami menginap di Ten House.

Sarapan pagi di sediakan.
Menunya amat simple.
Hari pertama dan ke 2 kami dihidangkan dengan nasi goreng kicap + teh O.
Teh 'O' merupakan minuman utama tak kira masa dan tempat.
Tak sempat pulak ibu nak snap gambar.
Kat atas tu menu sarapan pagi hari terakhir.
Ibu pun tak pasti nasi lemak ke apa tapi di makan bersama telur dadar dan sambal soon.

Restauran Padang-Mitra Sederhana Kasteur
 Kami singgah makan tengahari di restauran Padang.
Restauran ni besar dan 2 tingkat.
Amat selesa.
Bilik solat disediakan cuma ianya perlu berkongsi antara lelaki dan perempuan.
So , ibu dan along terpaksa pastikan bilik tu kosong dulu untuk solat.

Susunan pinggan perbagai menu di hidangkan.
Kalau tak silap ibu dalam 35-40 pinggan pelbagai menu.

Menu masakan  Padang macam biasalah.
Terdiri daripada gulai ala-ala masak lemak dan kari.
Pelbagai versi sambal yang pedas tapi sedap.
Tapi yang paling sedap sambal ijau + ikan bilis tu........

Pilih saja apa yang kita rasa nak makan.
Harga makanan dikira berdasar pinggan lauk yang kita usik sahaja.
So kalau agak-agak makanan  tidak menyelerakan atau tidak sesuai dengan tekak
jangan sekali-kali kita usik.
Kalau ceduk kuah pun tetap akan dikenakan bayaran...
Budget makan bagi seorang dalam Rp120.000=Rm40 seorang

Restauran Tone's Square
 Hari seterusnya kami di bawa ke Restauran Tone's Square.
Restauran ni pun besar dan luas.
Amat selesa dan disediakan zon untuk perokok....
Kalau kat Bandung jangan risau tentang nak bersolat kerana
di mana-mana di sediakan bilik solat.

Jalan nak ke sini amat-amat sesak...
Fuh!!! nak sampai ke sini kami dah kebuluran tahap gaban....
Kat sini pun masakan Padang.
Yang berbeza ialah menunya.

 Along dah kelaparan....

 Menu feveret ibu, kari kepala ikan merah jadi fokus utama....hehehe........

 Kalau datang ke Bandung jangan lupa order air Avocado + coklat= alpokat
yang femes emes tu.
Memang sedap sangat....nyum..nyum.nyum.....

 Dan tidak ketinggalan sambal ijau yang sedap tu.
Sambal tu pembuka selera dan sambal tu juga penyebab ibu alergik......
Satu lagi yang best, ayam di sini semuanya ayam kampung yang masih muda.
Memang sedap walaupun di goreng kunyit.
Budget makan kat sini dalam Rp130.00 = RM45 seorang.

Kampung Daun.
Kg Daun merupakan kawasan reakrasi dan disamping itu
disediakan pondok-pondok kecil untuk kita menjamu selera.
Kiranya kawasan ni 2 in 1.
Pusat rekrasi dan restauran.
Perjalanan dari Bandar lebih kurang 2 jam yang memenatkan serta mencabar ( nanti ibu buat n3 khusus).

 Pintu masuk.

 Daftar untuk booking 'pondok' bagi menjamu selera.
Kalau nak order makanan perlulah ketuk buluh yang disediakan di pintu masuk pondok tu.
Kalu tak, sampai kebulurlah kita di situ.

 Buku menu yang unik....

 Pelbagai jenis menu yang pelik-pelik.
Untuk selamatkan diri, ibu pilih menu yang biasa di makan.

 Menunggu makanan di hidangkan.
Dibelakang pondok tu mengalir air sungai yang sejuk dan jernih....
Amat-amat selesa dan rasa tenang di hati yang sebelum ni
berkeladak akibat perjalanan yang penuh dengan cabaran.........

Menu yang ibu pilih, nasi ayam penyek.
Bersama segelas jus alpokat (avocado + coklat) yang sangat-sangat femes.
Segelas dalam Rp25.000-30.000 =RM10+ tidak termasuk cukai.
Tak sah kalau datang Bandung kalau tak cuba jus alpokat yang nyummy tu....

Nasi ayam penyek di sini memang sedap walaupun sambalnya pedas berapi-api....
Sepinggan dalam Rp35.00 =RM15+ tidak termasuk cukai.
Budget makan untuk seorang Rp120.000 = RM40 seorang.

Ada beberapa lagi restauran yang terkenal boleh dikujungi di Bandung.
ibu rasa tak jadi masalah untuk mencari tempat makan yang sedap dan selesa di sini.

p/s:
*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen kat blog ibu.
Kalau ada masalah klik SINI 

16 Jun 2013

Farouk dan Chicken-pox.

Hari ini dalam sejarah.
Satu-satunya anak ibu yang dijangkiti chicken-pox setakat ini.
Dah 2 hari Farouk mengadu tak sihat dan 2 hari jugak dia tak hadir ke sekolah...

Petang Jumaat Farouk tunjukkan beberapa bintik melepuh di badannya.
Ibu dah syak Farouk kena chickenfox.

Semalam sempat kami bawa Farouk ke kenduri kahwin.
Sekembalinya dari sana ayah singgah di klinik swasta.
Gambar di klinik semasa menunggu giliran.
Masa ni bintik-bintik belum banyak lagi.
Doktor bekalkan ubat pembasmi kuman (untuk chickenpox), ubat gatal, ubat demam dan ubat sapu.
Farouk juga diberi cuti selama 10 hari.
Tak sangka pulak ibu, ubat untuk penyakit chickenpox ni agak mahal.
Harganya setanding masa Angah buat medical checkup...RM80+..

 Susah betul nak snap gambar bujang pemalu ibu nie.
Macam-macam cara ibu lakukan dan macam-macam cara farouk mengelak dari di snap gambarnya.....

Dan akhirnya misi dan visi ibu berjaya snap gambar Farouk.
Sebelah malam hari ke 2 nampaknya chicken pox makin membiak.
Harap-harap tidak ada kakak2nya berjangkit.....
Apapun ibu doakan moga Farouk cepat sembuh dan dapat kembali semula ke sekolah.....

About me