Salam Isnin semua.
BACK to SCHOOL.......
2 minggu cuti rasa dah kekok pula nak pergi kerja...
Walah...ayat mengada-ngada.....
Balik dari Bandung sibuk manjang.
Memenuhi sisa-sisa cuti di sini.
Tak sempat nak update bagai walaupun banyak cerita menarik di sana...huhuhu...
N3 hari ini ibu nak cerita tentang destinasi wajib dikunjungi kalau ke Bandung.
Hari ke 2 di Bandung kami di bawa ke Tangkuban Parahu, Jawa Barat, Indonesia.

Perjalanan memakan masa 2 jam dengan jalan yang penuh mendebarkan...
Aventure la pulak rasa.....
Aventure la pulak rasa.....
Jalannya ala-ala ke Cameron Highland tapi lebih mencabar sebab
jalannya lebih kecil, selekoh tajam, kenderaan sesak dan jalan tidak rata dan sempit......
Fuh!!! sepanjang perjalanan ibu rasa jantung bagai nak tanggal...
Fuh!!! sepanjang perjalanan ibu rasa jantung bagai nak tanggal...
Pokok di kiri kanan menghala ke puncak gunung......
Ada kempen menanam pokok oleh pemimpin di sana.
Mungkin sudah kekurangan pokok kerana kepadatan penduduk...
Ladang teh yang sayup mata memandang....
Tak ubah macam Cameron Highland..
Tak ubah macam Cameron Highland..
Ibu pun tak pasti pokok apa nie.
Tinggi sayup mata memandang.
Tersusun indah.
Tersusun indah.
Yang peliknya ada tertulis "air suci dari atas" berserta anak panah ke atas di batang pokok.....
Confius jap...
Confius jap...
Kerisauan ibu berakhir bila berada puncak gunung yang indah..
Ketibaan kami disambut oleh penjaja jalanan.
Rimas betul ibu....huhuhu...
Tak sah kalau ke sini tak bergambar di pintu masuk utama.
Cuaca di sini sejukkkk bangat.
Lebih sejuk berbanding Cameron Highland dan Genting Highland.
Mungkin belum tercemar.
Tiket masuk kalau tak silap ibu RP50,000 = RM16.70 seorang.
Penjelajahan bermula....
Posing dulu.....
Ibu dan Along...
Pemandangan dari atas gunung....luas kawasannya.
Masa berjalan kena hati-hati walaupun disediakan tangga-tangga batu.
Juga kena sentiasa berhati-hati dengan penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kita ke mana-mana.
Masa berjalan kena hati-hati walaupun disediakan tangga-tangga batu.
Juga kena sentiasa berhati-hati dengan penjaja jalanan yang sentiasa mengekori kita ke mana-mana.
Sayup mata memandang....di bawah tu adalah deretan kedai menjual cenderahati.
Kawah Gunung Berapi.....
Berlatarkan kawah gunung berapi....
Ibu dan Along....
Along...
Kumpulan kami......Ada 1 family lagi di belakang yang tidak sempat bergambar...
Menikmati keindahan alam ciptaan Allah......
Model Gunung Berapi.....hehehe....
Pelbagai aksi along.....hehehe.....
Menuruni cerun yang curam dan agak licin....
Menapak dengan berhati-hati.
Menapak dengan berhati-hati.
Dah la selipar ibu putus...huhuhu...sadis sungguh.....
Kawasan jualan cenderahati.
Yang paling rimas bila dikerumuni penjaja jalanan.
Depa suka guna "akta paksaan"...
Yang paling rimas bila dikerumuni penjaja jalanan.
Depa suka guna "akta paksaan"...
Along lagi dan lagi.......
Buah rasberry dan strawberry yang segar dan manis....
Tak sedar ibu boleh habiskan sepaket dalam sekelip mata...
Tasbih daripada batu.
Penjual ni mengejar ibu sampai ke van...huhuhu.....
Berehat seketika setelah penat di kejar penjual jalanan...
Rasa macam "retis" pun ye..glemer gitu...huhuhu.....
Dalam 2 jam kami di sini..Itupun tak habis siri penjelajahan akibat banyak gangguan..
Selamat tinggal Tangkuban Parahu.
InshaAllah, kalau ada rezeki kami akan datang lagi.....