Salam rindu semua.
Macam lama no tak buat n3....hik.hik.hik....
Awal cuti ibu dan ayah penuhi dengan undangan perkahwinan.
Bersusun kad jemputan menanti giliran.
Rasanya setiap hari ada jemputan kahwin.
Minggu ini kami berkesempatan untuk hadir tapi
minggu depan mungkin tidak dapat penuhi jemputan kerana banyak urusan.
Hari Sabtu pujuk Along ikut sekali ke rumah kenalan ayah.
Farouk macam biasalah jadi pengikut setia ayah dan ibu......
Terlanjur Along masih bercuti panjang bolehlah Along jadi kawan ibu.....
Hidangan boleh tahan sedap kerana setakat yang ibu hadir ke kenduri kahwin
mesti ada menu ayam panggang.
Ibu ni kalau dah nampak ayam panggang dah tak nampak lauk lain......
Lepas ke kenduri kahwin,
Ayah terus bawa servis kereta kat Bandar Tangkak..
Aduyai...malas nak menunggu,
ibu ,along dan Farouk pergi ronda-ronda Bandar Tangkak.
Maka tinggal la ayah sorang-sorang kat pusat servis tu....
Kalau ke Tangkak, iman kena kuat.
Geram je tengok kain bergantungan tapi kena tahankan
diri sebab ibu ada misi lain yang lebih besar........
Dah penat meronda along suggest singgah pizza-hut untuk lepak-lepak
sambil tunggu kereta siap diservis....
Perut masih kenyang sebenarnya.
Tapi segan jugak kalau masuk tak order apa-apa.....
Ibu order 1 set pizza bersaiz sederhana.....
Masing-masing termenung sebab dah kenyang.
Akhirnya tersadai pizza tu kat depan mata..........
Hari ini ke Tangkak lagi memenuhi 2 undangan perkahwinan.
Jumpa ayam panggang lagi....makan dan makan lagi
Esok...lusa..tulat...emmmmmm, makin membiaklah lemak dibadan ibu....