Minggu lepas berlaku satu kisah misteri.
Bagi yang lemah semangat baik jangan baca waktu malam ye..
Hehehe..tak delah seram sangat pun cuma sedikit misteri.
Pada malam Jumaat pada pukul 12.45 malam ibu terima 'miss call' dari seorang rakan setugas.
Seawal pagi bila check hp baru ibu perasan ada 'miss call'.
Maklumlah hp ibu sering bertapa dalam handbag.
Sampai di sekolah ibu bertanya M kenapa call ibu pagi-pagi buta.
M tercengang dan menatap ibu dengan confius.
M : Bukan akak ke miss call saya dulu.
Ada 2 miss call dan satu tu akak hantar voice mail.
Voice mail tu suara macam orang lelaki dan bunyi macam deruan angin......
So saya call la akak tapi tiada jawapan.
Yang pasti masa tu ibu sedang dibuai mimpi indah.
Dan ayah pun tiada kerana outstation di KL selama 2 hari...
Terus ibu keluarkan hp dan check 'call out..'
Pelik sebab tiada dalam senarai ibu call keluar.
Lagipun kredit ibu kurang RM2 malam tu dan tidak mungkin ibu boleh call out.
Bertambah pelik, macam mana hp dalam handbag boleh tertekan tanpa sengaja.
Lagipun kalau dah lama2,
pastinya hp dah 'keylock' dan tak mungkin boleh buat 'call out....'
Bukan sekali hp ibu dilanda misteri.
Hp ibu pernah 2X hilang di sekolah.
Semasa hilang ibu berada di bilik guru.
2 hari kemudian hp tu ibu jumpa di atas meja kerja ibu yang terletak di blok lain.
Serius ibu cakap.
Masa tu bulu roma ibu meremang......huhuhu...
2X kejadian sama berulang.
gambar kidnap dr en google....
Handphone murah kesayangan ibu.....
Bila fikir-fikir seram juga dengan cik nokia nie tapi ibu sayang sangat kat cik nokia tu
berbanding hp ibu yang lain.
Sebab : tak tau sebab apa.....hehehe.....
Dalam fikiran mula terbayang benda yang bukan-bukan.
Hp ibu bukannya yang canggih manggih tapi ibu tetap sayangkan ia.....
Cuma hati ibu sedikit rasa keliru + confius + pelik + hairan
dengan kejadian yang berlaku...
Ah!!!! abaikan aje...........