Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Februari 2013

Mencanting Batik Bersama Kanak2 Ribena

Projek hari ini, mencanting batik.
Projek la sangat....
Mencanting dah jadi menconteng.......huhuhu..

Hari ni ibu ada kelas DSV ( Dunia Seni Visual) tahun 2.
Topik hari ini membuat corak guntingan.
Hancus...hancus dan hancus kertas-kertas warna dikerjakan budak-budak comel tu.
Sehancur hati cikgunya........

Lain cikgunya suruh buat, lain yang dibuatnya.
Sabar jelah....
Nasib baik  hari ini kesabaran cikgu ditahap ok.....

Selesai sesi anak-anak murid ibu merosakkan kertas warna,
buat sepah-sepah,
berebut gunting,
berebut kertas,
berebut gam,..
golek sana, baring-baring....(maklumlah bilik seni lapang..)
dan macam-macam kerenah.....
Biarlah..masa DSV je mereka bebas dan dapat release tension....
Macam tension la sangat...
Cikgu lagi tension tau.....

Tibalah sesi  cikgunya memujuk hati yang stress.
Bersila bersama anak-anak kecil itu di Bilik Seni yang lapang.
Ibu keluarkan alatan mencanting batik.
Masing-masing becok bertanya itu..ini.
Berebut-rebut nak duduk sebelah cikgu..
Bertolak-tolak nak tolong cikgu ambil itu ini....
Aduyai....sabar jelah dengan kerenah anak-anak nie......


Dan hasilnya yang jadi comot sebab cikgu tak dapat beri tumpuan sepenuhnya..
Maklumlah buat kerja bersama-sama kanak-kanak ribena.
Lagipun lama dah ibu tak mencanting batik...........
Jangan gelak ye tengok hasil yang comot tu......

Ni yang ibu siapkan di rumah bersama anak-anak...
Rindu pulak kat kembar ibu, Kak Salmi...
Kami punya minat yang sama.
Mesti leka kalau kami melukis bersama....

20 Februari 2013

Tumpang Sesudu ye Ayah.

Sejak kebelakangan ini ibu lihat Ayah begitu menjaga pemakanan.
Maklumlah umur makin meningkat dan Ayah perlu terus bertenaga untuk meneruskan
khidmatnya pada masyarakat...Wow macam MB la pulak......

Sebenarnya ibu pun jaga makan juga  tapi dalam istilah jaga perut agar tidak lapar....huhuhu...
Makan ikut selera macam ibu dynasor tu......
Moga baju-baju itu tidak mengetat.....

Selain makan produk pemakanan lain,
sejak 2 bulan lepas Ayah jadi pelanggan tetap pada rumpai laut nie....
Seminggu sekali Ayah rendam rumpai laut tu hingga pagi (6-8 jam kot).....
rebus sampai jadi cair..
sejukkan sampai jadi jelly....
simpan dalam peti ais dan
ibu dengan riang ria cedok sesudu dan campur dengan segelas air sunquik.
Asalnya ibu minum sekadar mencuba sebab tergoda tengok ayah minum.
(Kes dengki....)
2-3 minggu ibu amalkan, ada sesuatu yang dapat ibu rasa.
Bisa-bisa sendi sudah tiada....Alhamdulillah.
Cuma ibu kawal pengambilannya agar jangan berlebihan.

Pernah suatu ketika dulu Ayah kutuk-kutuk ibu bila ibu makan
sejenis makanan unik dari Kelantan "Kerabu Sarae" (rumpai laut).
Sesedap rasa je dia kata ibu makan rumput kering..Cittt!!!!!
Geram tau..Ayah ingat isteri dia ni dari keturunan anak lembu ke apa....Hahaha.....

Pernah dengar?
Pernah tengok?
Pernah makan?

gambar ni ibu kidnap dr en google.
Macam nilah benda alahnya "kerabu sarae'.
Sarae ni adalah berasal daripada rumpai laut jugak tapi ianya lebih halus.
Comelkan...tapi sekali pandang betul jugak kata Ayah tu....hehehe...

Ha sekarang giliran Ayah pulak minum jelly rumpai yang
dulu Ayah kata "rumput kering" tu.........
So kesimpulannya Ayah pun spesis yang sama la dengan ibu???Hahaha...
Lain kali jangan nak kutuk2 orang ye......

19 Februari 2013

Kenapa...Kenapa dan Kenapa?????

Adakah ibu sedang diuji atau teruji atau menguji???????
Bekas seorang pustakawaan semasa di sekolah menengah
dan dilantik menjadi guru Pusat Sumber 7 tahun yang lalu.
Allah menguji ibukah ini...??????
Wah, macam ujian yang dasyat je bunyinya.
Suka je ibu buat cerita gempak + sensasi.......

Ibu sebenarnya segan nak mengaku yang ibu seorang
bekas pustakawaan dan guru PSS tetapi langsung tak minat baca novel.
Letaklah novel apa depan ibu,
kempenlah macam-macam pada ibu.
cakaplah macam-macam tentang novel....
 tapi minat tetap tidak bercambah.
Kecoh orang berbicara tentang novel
Ombak Rindu,
Adam dan Hawa,
Setia Hujung Nyawa....bla..bla..bla
ibu langsung tak ada keinginan
untuk membacanya walaupun koleksinya ada depan mata.
Kalau terpacak depan TV memang ibulah orangnya.
Melopong dengan penuh kusyuk menonton cerita-cerita
yang diolah dari novel sambil mengunyah jajan dengan begitu tekun..........



Lihat dan saksikan lah timbunan novel ini.
Berselerak di ruang santai ibu.
Satu pun tak mampu menarik minat ibu.
Pandang tanpa nafsu.
Adakah ibu seorang yang poyo????????

Syyyhhhh!!!! jangan la pulak ada anak-anak murid baca n3 cikgunya ni.
Kempen kat anak-anak murid bukan main.
Diri sendiri cakap tak serupa bikin...
Memang cikgu ni nak kena rotan...Panggggggggg!!!!!!!

p/s: Wahai kandaku mamaijat ,ce bagi tip kat dinda ni macam mana nak golek2 atas katil sambil baca novel????????....huhuhu..

About me