Salam semua.
Hari ini ibu lambat bersiaran.
Maklumlah 1st day sekolah selepas bercuti selama 10 hari.
Perlu persiapan mental dan fizikal yang kental...hehehe......sila jangan percaya.
Apa yang putih?....apa yang biru?
Baby girl ibu ni dah seminggu lebih sibuk dok cakap kena pakai baju pengawas.
Katanya nanti akan diadakan majlis watikah perlantikan.
Ibu yang tengah tak ada mood menjahit buat-buat tak dengar aje.
Dan si ibu siap bersuara : Kakak, tak boleh ke minta izin dengan cikgu tangguh pakai baju biru tu tahun depan ke? 2 tahun lagi ke?......atau bila2 ibu dah lapang.
Suka suki jekan ibu ni buat undang-undang sendiri.
Macam la sekolah tu mak bapak ibu punya....hahaha....
Naurah hanya diam membisu.
Dalam diam dia mencari baju sekolah angah tahun lepas.
Agaknya malas dia nak layan cakap ibu.
Naurah : Takpelah ibu, kakak ambil baju pengawas angah jelah.
Nanti ibu potong bahagian bawah ye sebab baju angah labuh......
Sentap ibu jap dengan kata-kata Naurah. Kesian anak ibu kan.....
terkadang ibu ni kejam jugak......Pentingkan diri sendiri.
Baju Angah memang la labuh sebab keketinggian angah macam model
sedangkan Naurah baru tingkatan satu dan badan dia kecik comel je.....
Lagipun Angah pakai baju tu masa form 5.
Ibu jahit baju pengawas yang baru untuk angah semata-mata sebagai motivasi untuk
dia duduki SPM masa tu.
Kata orang sekurang-kurangnya sesuatu yang baru mampu buat mood kita
ceria walaupun sekadar sebatang pen....betal tak?????
dia duduki SPM masa tu.
Kata orang sekurang-kurangnya sesuatu yang baru mampu buat mood kita
ceria walaupun sekadar sebatang pen....betal tak?????
Baju tu Angah pakai sekejap jelah sebab Angah dah ada 2 pasang baju lain.
Masih elok sangat (Alasan ibu yang kukuh...hehehe...)
Tiba-tiba ibu pun teringin nak baju baru.
Dah bosan rasanya pakai baju uniform PPIM (Puteri Islam) yang sama.
Maklumlah baju uniform tu kena pakai setiap hari Rabu sedangkan ibu cuma
ada 2 pasang je....Bosan..bosan...bosan...
Itupun baju ibu dah tak macam uniform PPIM sebab ada blink-blink + sulam2...
Dengan gigihnya pagi Ahad ibu pergi kedai kain.
balik rumah terus gunting dan jahit.
Nekad nak pakai hari Isnin sebab minggu ke 3 kami kena pakai baju uniform.
Tak cukup dengan itu gigih jahit manik bagai sampai larut malam.
Kebetulan malam tadi kawasan rumah ibu diserang lagi dengan letupan bom atom.
Jiran ibu berbangsa Cina masih meriah bakar mercun hingga ke pagi....
Macam tahu je ibu bersengkang mata menyiapkan jahitan manit tu......
Inilah hasilnya.....
Farouk dengan slamber komen : Boleh ke pakai baju uniform ada manik-manik tu ibu.
Semua baju ibu nak kena ada manik ke....?????
Ibu : Amboi...amboi...mulut....Takpelah ibukan cikgu.
Tak kisahlah ibu nak pakai manik2 ke....kilat2 ke....
Dalam hati tersentap jugak dengan kata-kata farouk....
Pagi ni mata ibu dah jadi macam panda......!!!!!!