Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Februari 2013

Teacher Farah Nadiah.

Sudah 2 minggu Angah bergelar cikgu Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bukan cikgu sekolah ye tapi cikgu tuisyen.
Itupun di atas permintaan dan harapan yang tinggi dari "seorang ibu".
Si "ibu" pelajar tu dapat nombor telefon dari seseorang yang cadangkan
agar berjumpa Angah.

Setelah minta pendapat ibu dan atas rasa sikap kasihan maka Angah menerima tugas itu.
Lagipun ibu rasa ianya baik untuk angah mengisi masa terluang
sebelum result SPM keluar nanti.....

Memang agak berat juga tugas angah kerana pelajar ni alami masalah dalam pelajaran
akibat tercicir beberapa tahun dari arus pendidikan perdana.
Sekarang pelajar ini berada di tingkatan 4.

2-3 hari lepas, rakan ibu yang juga bekas guru BM angah
pun menyuarakan keinginan untuk menghantar
2 orang anaknya untuk belajar dengan Angah.
Angah masih mempertimbangkan permintaan itu.
Angah risau jika dia tak mampu menjadi seorang cikgu yang baik......
Ibu tahu Angah seorang anak yang mementingkan kesempurnaan
sejak kecil lagi......

Moga usaha murni Angah mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali
ganda dan semoga cita-cita Angah untuk menjadi seorang guru/pensyarah
Bahasa Inggeris tercapai...walaupun jauh disudut hati ibu dan family
ingin melihat Angah menceburi dalam bidang perubatan namun
Angah lebih berminat dalam bidang pendidikan.....

Ibu dan family tetap memberi sokongan pada Angah...
InsyaAllah, moga cita-cita Angah tercapai....


5 Februari 2013

Pereka Fesyen????

Pereka fesyen la sangat....hehehe....
Ibu selalu buat n3 yang beby a.k.a Farah Najdah minat masak.
Lepas tu dia berminat dalam kraftangan.
Satu lagi ibu lupa, dia juga pandai buli orang.........hehehe.....
Minggu lepas dia sibuk suruh ibu ajar dia menjahit pula.

Aduyai, terkadang ibu ni kalau nak menjahit kena ada mood.
Tapi beria-ia pulak dia nak belajar.
Sedikit panduan yang ibu beri dan rujukan dalam internet,
dia mulakan projek pertamanya.

Gigih menjahit.....


Inilah hasilnya, blouse pertama hasil tangan Beby.....
Beby mampu siapkan dalam beberapa jam sahaja.....

Walaupun tak begitu kemas lagi tapi ibu kagum dengan minat dan kesungguhan Beby
untuk belajar dan mencuba sesuatu yang diminatinya.....
Amat tekun dia siapkan kerja-kerjanya tu.
Sanggup bersengkang mata semata-mata ingin melihat hasil.

Ibu sarankan agar selepas tamat SPM nanti Beby habiskan masa
mengikuti kursus pendek katering dan jahitan sementara menunggu
tawaran belajar ke peringkat lebih tinggi lagi........
Nanti senanglah ibu dan kakak dan adik nak tempah baju nanti....hehehe...

4 Februari 2013

Kami 2013

Setiap tahun pasti diadakan sesi bergambar.
Sesi bergambar untuk dijadikan kenangan buat kami semua...
Datang dah pergi silih berganti.......

Kebetulan hujan turun sepanjang pagi, jadi kami terpaksa begambar di dewan sekolah.....
Dalam pada itu bermacam-macam peristiwa kelakar terjadi disebalik sesi bergambar nie.
Bak kata orang kisah disebalik tabir kami yang terselit macam-macam kisah
yang mampu membuat dewan sekolah bergema macam gempa bumi.....

Ok, sedia  1.....2.....3.....
Tiba-tiba masing-masing membisu seketika...."Klik"
Dan berderai lagi ketawa kami.......hahaha.....

Tetiba hari ni ibu rasa nak pakai shwal dan berbaju kuning pulak......hehehe...

Merekalah yang mewarnai hari-hari ibu setiap hari....
Walaupun kami tidak ramai dan mengajar disebuah sekolah kampung.
Namun kami tetap bangga dengan pencapaian anak-anak didik kami.
Kami telah buktikan bekas anak-anak didik kami sekarang
sedang menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, enginering, perguruan
dan lain-lain.
Malah anak-anak ibu juga belajar di sini dan mampu meraih kecemerlangan
dalam UPSR hasil sentuhan guru-guru yang begitu komited dalam tugas......

Merekalah rakan-rakan sekerja yang begitu baik dan memahami.
Kami umpama satu keluarga besar yang amat serasi...

About me