Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Februari 2013

Melaka Yang Mengoda....

Semalam kami ke Melaka.
Tujuan utama nak jemput Along di Matrikulasi Melaka.
Along cuti semester selama 2 minggu.

Macam biasa, ayah akan singgah dulu ke pot feveret ibu.
Mydin MITC @ Kota Fesyen di Melaka.
Ibu sebenarnya mengidam nak makan big apple donut je.
Mengidam bukan istilah mengandung ye....hehehe....
Dalam hati dah berjanji tidakk akan beli apa-apa lagi......

Papan tanda yang mampu buat ibu bahagia dan tenanggggggg.....hehehe......

 Yeah!!!!!dah sampai.
Tapi syukur, sekarang kegilaan bershopping agak merudum.
Azam tahun baru yang agak berjaya.
Sebabnya tahun 2013, ibu nak habiskan duit untuk pergi melancong pulak.
So kena berjimat cermat sikit..
Hehehe...boleh caya ke azam ibu tu..
Doakan ye kawan-kawan....

 Tengok!!!!! Anak dara ibu yang dah mula mewarisi perangai ibu.
Sempat je dia sambar sehelai baju yang sedang femos emos sekarang...."Peplum".
Baju biru yang angah pakai tulah namanya peplum.
Baju ala-ala Saloma.
Yang tu Angah order secara on9 dan bila tengok kt Mydin dia dah mula lupa diri.
Alahai anak.
Nak sound rasa macam tak sampai hati pulak sebab ibunya pun macam tu....huhuhu...
Sabar jelah ayah ye.....

Si ibu pula tiba-tiba berkenan dengan sepasang kasut leader ni.
Kebetulan ada ofer 50%.
Kalau tak ada ofer mungkin ibu fikir 2-3X kot....Boleh caya ke??????

 Basahkan tekak dengan aiskrim.....

 Tujuan sebenarnya nak beli big apple donut ni je......huhuhu....
Lepas beli donut, ibu terus meluru keluar.
Tak sanggup melihat offer hbag dan kasut di situ.....
Nyaris dah nak terbeli handbag.......huhuhu.....

 Budak tak sabar nak jumpa along.....

Nyum..nyum..nyum...ngap lunch ayah.
Sekarang ayah jaga pemakanannya.
Lunch sekadar dengan semangkuk kecil nasi goreng dan makan banyak buah-buahan.
Ibu pun jaga makan jugak dalam istilah tibai apa yang sedap didepan mata....hehehe....

Eh!!! cerita tentang Along tapi tak snap pula gambar dia........

p/s:
Perhatian pada adik Muhammad Syahmi, tinggalkan alamat kat
email akak  di norzakiahabdullah@yahoo.com
Blog adik ada virus malvare la...Tak boleh masuk seja semalam.....

1 Februari 2013

Kawan Yang Peramah Januari-TQSM semua!!!

Seperti yang ibu janjikan,
Ibu akan agihkan cenderahati kepada rakan-rakan yang peramah bulan Januari.
Dan ibu juga akan beri cenderahati kepada peneka yang cepat dan tepat
bagi soalan yang ibu berikan pada n3 di SINI.

Bagi yang meneka dengan cepat dan tepat ialah:
Lily@MamaQistina
TAHNIAH!!!!!!

Dan untuk Kawan Yang Peramah pula : 
Terima kasih semua kerana tidak jemu-jemu bertandan dan jadi kawan-kawan terbaik ibu.
Bukan nilai hadiah jadi ukuran tetapi keikhlasan dan nilai persahabatan yang kita inginkan.
Terima kasih semua.
Kalian tetap dalam ingatan.
Kawan tapi mesra.

Perhatian:
Sila emailkan alamat pada ibu bagi nama-nama dibawah sebab
alamat kalian belum ada dalam email ibu.....:
Mamaijat ( kenapa dinda tak ada adress kanda ye...Confius lak!!!!)
Muhammad Syahmi
Puan Kutu
Kasih Salina
*email ibu : norzakiahabdullah@yahoo.com

p/s:
Buat n3 kelam kabut...Tengah tunggu ayah balik dari solat Jumaat .
Tak sabar nak pergi jemput Along di Melaka.....JOM!!!!!!!

31 Januari 2013

Rindu DIA...

Dah lebih sebulan ibu tak jumpa Along.
Rindu sangat-sangat kat mek comel sorang nie.
Terdengar-dengar lagi suara manja dari hujung corong telefon kelmarin:
"Ibu, Along rindu nak makan spaggeti dan asam pedas Kelantan yang ibu masak...."

Masakan ibu tak rindu dia,
bila ibu sedang makan, dia minta ibu suapkan.
Bila ibu menonton TV, dia akan bertepek disebelah ibu.
Bila ada masalah, dia akan berkongsi cerita dengan ibu.
Bila outing, dia akan temankan ibu bershopping...
Miss Along so much!!!!!!

Dalam diam rupanyua ayah juga memendam rindu.
Sejak minggu lepas sibuk ayah ajak kami pergi jemput Along 
padahal hujung minggu ni Along baru mula cuti semester......
Alahai Ayah...lagi dasyat dari ibu rupanya......
 Gambar ibu kidnap dari FB Along.
Along ( dua dari kiri) bersama-sama rakan di kolej.
Senang hati ibu melihat kegembiraan Along.
Along berbaju hijau bersama rakan-rakan sekuliah....
Syukur Alhamdulillah, lega bila ibu baca sms Along yang dia telah selesai menduduki
peperiksaan semester dengan jayanya......Amin....
Tak sabar nak ke Melaka esok untuk memeluk Along erat-erat.........

p/s:
Cuti CNY, kami dah rancang nak pergi bercuti........

About me