
Salam Maulidur-Rasul.
Agak lama juga ibu tak bercerita tentang aktiviti sekolah ibu.
Sebenarnya dah banyak juga program berjalan walaupun baru beberapa minggu sekolah di buka.....
Isnin lepas diadakan watikah perlantikan.
Program ditapak perhimpunan terpaksa dipindahkan ke kantin sekolah akibat gerimis.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar......
Dengan rasminya Farouk dilantik menjadi pengawas perpustakaan.
Terima kasih Ustazah Hazlina dan rakan-rakan guru kerana memberi jawatan yang tepat untuk Farouk.
Ayah dan ibu tak begitu galakkan anak-anak jadi pengawas disiplin terutama semasa
mereka disekolah rendah kerana bersebab.......
Suka suki jekan.....hehehe.......
Walaupun ibu sebagai penyelaras PSS tapi kuasa pemilihan terletak pada
guru kelas, guru-guru, guru displin, GPK2 dan Guru besar.....
Farouk tidak begitu seronok dengan jawatannya itu kerana dia lebih berminat nak jadi pengawas displin.
Ibu bertegas agar dia menjadi pengawas perpustakaan @pustakawaan agar dia lebih tekun membaca.
Jika dia jadi pustakawaan bermakna dia banyak habiskan masa di PSS sewaktu bertugas...
Motif ibu dan ayah : Secara tidak langsung dia akan membelek buku-buku itu
dan timbul rasa minat untuk membaca.
Maklum la, Farouk ni lain sikit. Dia lebih minat mengadap lappy daripada mengadap buku...
Moga Farouk juga mampu menyaingi kakak Naurah yang digelar ulat buku...
Farouk dengan watikah perlantikannya tu....
Pada 17.1.2013 telah diadakan majlis penyerahan wang bantuan awal persekolahan.
Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir Hamim Samuri ( Ahli Parlimen Ledang).
Ibu dah masukkan gambar tu di FB sekolah.
Tapi yang sedih dan terkilannya gambar tu jadi sensasi bila berlaku perdebatan isu-isu politik pula.
Ibu rasa agak terkilan kerana FB sekolah amat tidak
sesuai dijadikan tempat perbincangan isu-isu politik kerana ahlinya
terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Kalau nak berkempen silalah ke saluran lain kerana FB sekolah
sekadar memaparkan isu-isu semasa dan aktiviti-aktiviti sekolah....huhuhu......
Siapalah kita ni kan..Nak cakap lebih-lebih nanti kena gam pulak...
Eh!!!! macam artis pulak konon............
Semoga ibu bapa menggunakan wang itu sebaik mungkin untuk anak-anak....
Jangan la sampai cikgu-cikgu asyik kena sponser buku-buku latihan dan alat tulis anak-anak
yang sentiasa tidak lengkap tu.......
Bila tanya anak-anak katanya ayah buat beli handphone baru...Walahhhhh!!!!!