Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Januari 2013

Selamat Datang Encik..Encik..Encik..Encik dan Puan....


Semalam Pegawai Teknologi (PTP) datang memantau PSS dan makmal komputer.
Macam biasa sistem fail di korek dan digali sampai lebam....
Tapi yang kelakarnya 2 kali  beliau datang memantau PSS sekolah ibu,
dia diserang cirit birit.
Berulang alik ke tandas dan dalam keadaan berpeluh dan tidak selesa.
Cikgu Z, apa la yang awak kenakan pada saya ni sampai 2X kena macam nie bila
datang memantau PSS awak...?
Ibu : 2 tandanya PSS tak bagi encik datang memantau kerap....hehehe.....

Hari ni orang-orang PPD pula datang memantau Program Transisi dan LINUS.
Bersoal jawab pula cikgu-cikgu yang terlibat.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar......
Menurut pemantau-pemantau mereka selesa memantau sekolah kami kerana
apa yang mereka perlukan semua ada didepan mata....
Syukurlah, kerana mereka semua berpuas hati.....
Tapi kami rasa tak best bila selalu datang tetamu yang tak diundang...


Awal-awal tahun kita sibuk, depa pun sibuk datang terjah
Esok entah sapa la pulak nak datang...????????
Pemantauan PSS merangkumi Pusat Akses, Perpustakaan dan Makmal Komputer.
Dan ibu perlulah bersedia dengan bermacam-macam soalan.
Ada saja yang dikorek dan digali.......
Alhamdulilah selesai 1 tugas rutin yang perlu ibu hadapi untuk awal tahun....


7 Januari 2013

Kawan Yang Peramah-Disember 2012

Dah beberapa hari kita berada di tahun 2013
 tapi ibu baru terheggeh-heggeh nak buat n3 ni.
Maaf ye, awal tahun merupakan saat cikgu-cikgu berada di zon kritikal.
Otak pun jadi tepu dan beku.....

Terima kasih kerana tidak jemu-jemu bertandan dan menjenguk rumah ibu.
Blog ibu tiada apa-apa yang menarik selain kisah kami sekeluarga.
TQSM kerana sentiasa memberi sokongan untuk ibu terus membuat catatan di sini.
Bagi yang tidak tersenarai, kalian juga adalah rakan yang baik.

6 Januari 2013

Jemput Makannnnnnn....

Makan..makan dan makan.
Nak buat macam mana, ibu ni minat makan tapi tak minat masak.
Cuma sejak dah rasa diri tua ibu makan pun lebih berhati-hati.
Eh!!!!boleh caya ke?????? Silalah percaya.

Walaupun cuti hujung minggu ibu bangun macam biasa.
Seawal 5.00 pagi ibu dah terjaga.
Cuma kalau hujung minggu ibu tidaklah berkejar-kejar kat dapur.
Bila ke dapur dah terhidang meehoon dalam kuali.
Entah siapa la rajin masak pagi-pagi.
Ibu rasa pastinya Beby yang masak seawal pagi.
Sekarang ni Beby bangun awal pagi untuk siapkan homeworknya tu......

Pukul 11 pagi perut lapar semula.
Maunya tak lapar.
Sedari pagi dok mengadap lappy.
Selongkar peti ais.
Ayah ada beli lasagna segera.
Masuk oven, 10 minit dah masak....
Boleh tahan juga sedapnya tapi agak masam dengan rasa tomatonya tu....

Petangnya teringin sangat nak makan mee celup.
Kerinduan pada kampung membuak-buak.
Sepanjang bercuti di kampung, setiap hari ibu makan mee celup kegemaran.
Sanggup berulang alik ke restauran semata-mata nak beli mee celup.
Mee celup ni ala-ala bakso tapi ada kelainan sikit pada rasanya.
Taraaaaa....mee celup ibu dah siap!!!!!

Sambil tu sedut choconut shake special yang sedap nie...
Jaga makan la sangat.
Apa ada depan mata semua ibu tibai.....huhuhu.....

Malamnya si ayah pula nak masak steamboat.
Steamboat pertama untuk tahun 2013.
Dalam kesibukannya, ayah tak lupa untuk menjamu kami dengan secret resepinya tu.
Steamboat ayah memang yang terbaiklah......
Kalau ayah masak memang ibu langsung tak tolong.
Sebab tu kalau rakan2 minta resepi memang ibu tak tahu dan tak ambil tahu.
Ayah cuma dibantu anak-anak dan si ibu santai-santai depan lappy.
Bila dah siap si ibu yang makan terover......hahaha.....

About me