Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Januari 2013

Farouk....Farouk.....

Lama dah tak buat n3 tentang bujang terhangat ibu nie.
2013 Farouk dah melangkah ke Tahun 4.
Dah besar baby boy ibu.
Tapi dia tetap manja walaupun dia kata dia dah jadi lelaki mancho sebab dah bersunat..Walah!!!!

Hari ni hidup tanpa TV, tanpa lappy, tanpa tenet sebab area ibu blackout.
Sepi rasanya tanpa bunyi alatan eletrik yang dah jadi sebahagian dari hidup kita.

 Farouk dah kepanasan.
Melepak kat pintu dapur.
Bila dah tak ada aktiviti main game kat lappy barulah dia rajin nak buat homework.
Sambil tu ibu gorengkan ayam KFC.
Tengok gambar tu.
Farouk dengan gigihnya makan kaki ayam.........

Sedangkan dalam pinggan ada seketul ayam tergolek tanpa terusik.
Katanya dah kenyang la...tak selera la....
Motifnya nak bagi ayam tu kat Gary....

 Inilah si Gary yang amat hodoh dimata ibu tapi cantik di mata farouk.
Si Gary ni kucing betina.
Tak ada kerja lain selain dari bunting...beranak..bunting..beranak entah berapa kali setahun....
Nak buat macam mana, Farouk ni pencinta binatang.

 Dah penat buat homework ( alasan orang yang "terlebih rajin" nie) katanya nak mengaji la pulak.
Siap warning kakak supaya jangan bising-bising sebab dia tak boleh nak beri tumpuan.
Bagus juga sesekali rumah tak de letrik.
Ada la aktiviti lain yang boleh dibuat oleh budak sorang nie......
Kalau tak kerjanya mengadap game manjang.......hish!!!!

4 Januari 2013

Gigih Belajar Sofeware Photobook.

Gigih la sangat.
Bukan ibu sambung belajar ye tapi sekarang sedang berminat 
nak belajar menghasilkan photobook sendiri.

Sempatlah ibu study sikit-sikit dengan menggunakan CD yang dibekalkan bersama software tu.
Ibu nie sejak sekolah agak alergik kalau bab-bab study melalui buku.
Tapi apakan daya, zaman ibu bersekolah mana ada lagi nak study guna lappy dan internet..

Ibu dapat sofware ni semasa "terbeli" kamera digital.

 Inilah sofeware yang ibu dapat.
Ibu juga akan dapat sebuah photobook secara percuma.
Sebab tu sekarang tengah gigih belajar menghasilan perisiannya.

Berangan je ibu nie.
Sekarang musim sibuk melanda.
Maklumlah di awal persekolahan.
Macam-macam kerja yang perlu dibuat.

Tarikh luput akhir bulan 3 nanti.
Harap-harap semangat berkobar-kobar tidak mati separuh jalan.

Sempat buat 2 m/s je..
Terus KIV.
Banyak sangat urusan sekolah yang perlu didahulukan........
Lagi pun folder gambar banyak di dalam lappy ibu yang 1 lagi.
Lappy ni ibu gunakan untuk bahan kerja je...
Malas nak pindah-pindah folder tu semua.

p/s:
Hari Isnin ni pula Pusat Kegiatan Guru dah call nak pantau PSS.
Aduyai, baru nak tegangkan urat saraf, terpaksa kejang semula..
Minat betul la PKG ni nak pantau PSS Sk ibu.....huhuhu...

3 Januari 2013

Mereka Berbeza...

Hari ni ibu suruh Angah belajar masak.....
Yang lebih kelakar bila ibu menakutkan angah dengan kisah" Setia Hujung Nyawa"
yang ditayangkan setiap petang bermula pukul 7...
Kisah seorang isteri muda yang tak pandai masak.......hehehe...

Angah amat berbeza dengan Beby.
Angah lebih suka menolong ibu melakukan  kerja-kerja  sekolah 
sedangkan Beby lebih minat ke dapur dari menolong kerja-kerja sekolah ibu.

Angah tolong ibu photostat, susun dan binding buku2 log PPIM ni sebanyak 30 buah.
Sekejap je Angah buat semua nie....

 So sebelum pergi sekolah ibu dah pesan supaya hari ni angah masak resepi " Raja Berangkat".
Ala-ala kari..Resepi dari mama ibu....
Masakan yang simple.
Masa ibu sedang menikmati hidangan di kantin, ibu terima panggilan dari Angah.
Bertanya tentang resepi.
Entah berapa kali  ibu terima sms, terima call dan sms dari angah.
Aduyai kelakar betul....Kecoh...kecoh....

Di pintu rumah ibu dah terbau masakan angah.
Not bad.....baunya mengancam.
Terus ibu meluru ke dapur.
Menjengah ke dalam periuk.
mana la tau,kot-kot lain yang ibu suruh lain pula yang jadi.
Ibu merasa sedikit kuahnya.
Wah, pandailah angah masak....puji ibu spontan.
Angah tersenggih-senggih malu...
Alah ibu ni.......tak sesedap ibu masak la.......
Oklah tu..percubaan pertama yang berjaya.
Esok Angah masak lagi ye........

Berlainan dengan Beby yang amat minat memasak.
Sepanjang cuti ada saja desert dan cookies yang Beby masak.
Pelbagai resepi yang dia dipraktiknya di rumah.....
Ni ibu tepek cookies yang Beby masak di ambang tahun baru....
Pagi-pagi tahun baru terhidang 1 balang biskut di atas kabinet dapur......
Macam manalah si ibu tak mengembang......huhuhu...................

About me