Gigih la sangat.
Bukan ibu sambung belajar ye tapi sekarang sedang berminat
nak belajar menghasilkan photobook sendiri.
Sempatlah ibu study sikit-sikit dengan menggunakan CD yang dibekalkan bersama software tu.
Ibu nie sejak sekolah agak alergik kalau bab-bab study melalui buku.
Tapi apakan daya, zaman ibu bersekolah mana ada lagi nak study guna lappy dan internet..
Ibu dapat sofware ni semasa "terbeli" kamera digital.
Inilah sofeware yang ibu dapat.
Ibu juga akan dapat sebuah photobook secara percuma.
Sebab tu sekarang tengah gigih belajar menghasilan perisiannya.
Berangan je ibu nie.
Sekarang musim sibuk melanda.
Maklumlah di awal persekolahan.
Macam-macam kerja yang perlu dibuat.
Tarikh luput akhir bulan 3 nanti.
Harap-harap semangat berkobar-kobar tidak mati separuh jalan.
Sempat buat 2 m/s je..
Terus KIV.
Banyak sangat urusan sekolah yang perlu didahulukan........
Lagi pun folder gambar banyak di dalam lappy ibu yang 1 lagi.
Lappy ni ibu gunakan untuk bahan kerja je...
Malas nak pindah-pindah folder tu semua.
p/s:
Hari Isnin ni pula Pusat Kegiatan Guru dah call nak pantau PSS.
Aduyai, baru nak tegangkan urat saraf, terpaksa kejang semula..
Minat betul la PKG ni nak pantau PSS Sk ibu.....huhuhu...