Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua rakan blog ibu.
Tiada istimewanya tahun baru buat ibu kerana rutinnya tetap sama.
Cuma ibu bersyukur kerana banyak kenangan indah yang ibu kecapi di tahun 2012.
Kebahagiaan seorang ibu melihat kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran dan kenaikan pangkat ayah...
Moga di tahun 2013 ibu mampu mengecapi kebahagiaan berganda..InsyaAllahh...
Maaf ye, saja nak buat n3 tentang makanan hari ni.

Sehari dua ni ibu begitu minat makan...makan dan makan.
Harap-harap baju-baju 2012 masih muat dipakai....huhuhu....
Akibat kesibukan melanda, mood memasak pun dah ke laut.
Rasa dah tak selera nak makan makanan Malaysia.
Cit!!!!!frasan....
Anak-anak ibu agak cerewet kalau bawa makan ke restauran masakan Melayu.
Tapi kalau bawa ke restauran fast food tiada terdengar sebarang komen..."no komen".....
Dan untuk menyelamatkan keperitan telinga ibu terpaksa mengalah mengikut selera anak-anak.
Makan malam di pizza hut.
Pekena set pizza crunchy tempura king praws....
Semalam seawal pagi ibu perlu hadir ke sekolah untuk sesi meeting..meeting...meeting.
Tak sempat nak bersarapan.
Meeting berjam-jam bermula 8.30 pagi sampai jejak pukul 1.00 petang tanpa rehat.
Perut dah berbunyi dengan bermacam irama.
Bukan ibu seorang tetapi rakan-rakan kiri kanan dah merunggut....
Lepas meeting, ibu call anak-anak suruh bersiap.
Mereka suggest ke MarryBrown pulak.
Aduyai, ikutkan aja selera anak-anak salasilah keturuanan campuran yang langsung
tiada darah keturunan "mat salleh" tapi berselera macam "mat salleh"..
Muka kanak-kanak riang ria makan di restaurant fast-food....
Muka ibu yang tak riang kerana dah hampir pokai.....
Muka ibu yang tak riang kerana dah hampir pokai.....
Malam mereka suggest nak ke KFC pulak untuk dinner.
Anak oooiiii....rakyat jelata kita ramai.
Sekali makan dah RM100+.
Kalau 3X makan cekira peruntukan yang perlu ibu keluarkan untuk sehari...
Kalau ibu tokeh balak tak kisah, tapi ibu ni sekadar buruh yang memerah keringat di sekolah...
Dah-dah..malam ni kita pekena ikan bakar ibu yang sedap tu......
Ikan bakar dari restauran ibu.......