Semalam selepas solat Jumaat, ibu, ayah dan Farouk bertolak ke Melaka.
Dah lebih 1 bulan tak jumpa Along.
Rindu Along sangat-sangat.
Alhamdulilllah result semester 1 Along membanggakan ibu.
Kali ni kami jemput Along kat Melaka Central
sebab Along tumpang kawannya dari Kolej Matrikulasi ke MC....
Sebelum jemput Along, kami singgah dulu kat Mydin di MITC Melaka.
Perabis duit kat sini dulu....huhuhu.....
Entah apa-apa ibu beli.
Tak pasal-pasal terbeli beg travel sedangkan kat rumah dah ada 2 biji yang besar tu.
Niat hati nak cari blazer tapi benda lain yang tersangkut.
Ayah tengokkan je ibu dengan situasi "jangan kata apa-apa.."....

Selepas selesai membeli belah dibahagian atas ibu singgah ke pot yang dah jadi feveret kami sekeluarga
di Big Apple donut.....
Masa tu kebetulan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam Rostam sedang merasmikan 1 program..
Beliau makan kat area big apple.....
Masa tu kebetulan YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam Rostam sedang merasmikan 1 program..
Beliau makan kat area big apple.....
Kalau pergi ke sini, rasa semua nak dibeli.
Iman perlu kuat.
Biasanya ibu cuma beli 6 biji sebab ayah tak suka makan donut...
Cukuplah untuk ibu dan anak-anak.
Anak-anak pun terkadang makan tak habis sebab mereka tak suka sangat makanan yang manis.
Lepas Asar kami jemput Along kat MC.
Terus bergerak balik.
OTW sempat singgah lagi kat pasar malam.
Ibu ni pantang singgah mana-mana, mesti penuh 2 tangan membimbit....huhuhu....
Beli lagi sebiji pizza yang bersaiz paling besar, nasi kerabu, youngTauFoo, kebab dan macam-macam.
Anak-anak cuma hirup young tau foo dan makan separuh pizza....
Akhirnya tersadailah pizza tak habis dimakan.
Nasi kerabu langsung tak disentuh akibat kekenyangan....huhuhu.....