Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 November 2012

Ibu Kena Brainwash....Huhuhu...

Ce baca tajuk tu.
Dasyatkan.
Semalam ibu kena serang.....

Nak tahu siapa serang ibu????????
Kisahnya ibu menanti "seseorang" dalam terpaksa.....
Orang yang di"tunggu" tiba juga akhirnya.
Pegawai Teknologi Maklumat daripada PKG.
Rutin kerja mereka.
Memantau PSS ibu buat kali ke 2.

 Timbunan fail-fail untuk pemantauan...
Abaikan skritting yang terlondeh itu...Hahaha...

Tak banyak komen dari mereka.
Tapi ibu diserang bertubi-tubi dengan sinis + perli2 yang pedas.
PTP 1: Kenapa la awak menolak percalonan  PSS cemerlang tahun ni Z???
Terkilan saya. PSS awak merupakan batch mark Zon ini...bla..bla..bla.....

PTP 2 : Apa lagi yang awak tidak puas hati dengan PSS awak nie.
Saya tengok ok je.. Failling pun ok......
Tidak ada yang kurang malah lebih adalah...bla..bla..bla....

GPK KO: Entahlah, setahu saya dia AJK PSS Daerah.
Dan mahir sangat dalam bab2 PSS dan jadi rujukan Sekolah2 lain....
bla..bla..bla....

PTP 1: Tahun depan jangan nak mengelak lagi.
Memang PSS awak akan saya calonkan untuk PSS cemerlang..
Kami akan bantu..Jangan risau....bla..bla..bla.....

3 jejaka terhangat serang ibu sorang2...
Ibu jawab sepatah 10 patah depa serang balas....
Sabar jelah......
*Ibu menekap kedua-dua belah telinga dan memejamkan mata tanda protes dan tidak setuju!!!!!
dan dengan sengalnya ibu jawab : tengoklah kalau saya masih wujud lagi di dunia ini......
Konon-konon untuk meraih simpati dan bagi menghentikan serangan dari mereka........

Dan akhirnya pemantauan berjalan lancar dan jayanya setelah depa berpuas hati menyerang ibu
yang tiada peguam bela disebelah....huhuhuhu....

Sementara menunggu kehadiran PTP itu, ibu sempat siapkan "Pokok Tokoh NILAM".
Tokoh-tokoh NILAM yang pernah mengharumkan nama sekolah, zon dan daerah.
Di kuntuman bunga itu terselit gambar Angah dan Naurah yang penah mengharumkan nama sekolah
hingga ke peringkat daerah......

Ni saja nak tepek.
Cenderahati yang ibu dapat  sewaktu menjadi hakim pemilihan
Tokoh NILAM 2013 dan Jejak Maklumat Peringkat Daerah
di Pagoh minggu lepas.......
Ibu juga dapat t-shirt.....

p/s:
Hari ni terlepas lagi program cuti2 bersama family sebab Sabtu ibu ada program di sekolah.
Minggu lepas pun ayah terpaksa berseminar tanpa kami menemani....

31 Oktober 2012

Doa Buat Anaknda Farah Nabilah......

Hari ni hari ke 2 Along exam PSPM 1.
Ibu pun tak pasti apa maksud PSPI 1
Yang ibu tahu along maklumkan dia final exam untuk semester 1
Hari ini baru ibu sempat buat status kat FB dan baru sempat buat n3 untuk along.

Doa buat Along a.k.a Farah Nabilah :
Ya Allah..
Aku memanjat doa buat anaknda Farah Nabilah.
Lapangkanlah dada anaknda Farah Nabilah..
Berikan ketenangan buat anaknda Farah Nabilah...
Kurniakan kecergasan akal dan ketajaman minda....
Terangkan hati anaknda Farah Nabilah...
Permudahkan segala-galanya buat anaknda...
Semoga anaknda Farah Nabilah memperolehi kecemerlangan dalam
peperiksaan yang dilaluinya...aminnn......
Al-Fatihah ditujukan khas buat anaknda Farah Nabilah......

Good luck Along!!!!!!
4Farah.........Buah hati ibu dan ayah....


Kem Membaca 1 Malaysia + READ 2012

Cerita minggu lepas yang terperam dalam draf nie.
Minggu lepas selaku penyelaras PSS ibu "terpaksa" menganjurkan
Program Kem Membaca 1 Malaysia dan kemuncak Hari READ 2012.
Program READ2012 tu dijalankan oleh sekolah-sekolah yang terpilih dan akan tercatat dalam 
Guinness Malaysia of Records.

Seawal 8.30 pagi ibu menerima kunjungan 2 orang wakil PPD.
Ada sedikit perbincangan berlangsung antara kami.
Wakil PPD sempat candid gambar program yang sedang berlangsung.
Disamping itu sempat interview ibu sedikit sebanyak perjalanan program.
Maklumlah ibu bertindak selaku penyelaras program.

Tidak berapa lama kemudian tiba pula 2 orang wakil dari PKG.
Seorang Pegawai Teknologi Maklumat dan Juru Tekniknya.
Mereka berada di sekolah sehingga selesai program berlangsung...
Diakhir pertemuan PPD dan PTP , kata penghargaan yang ibu terima:
Tahniah cikgu di atas kelancaran dan kemeriahan program ini.
Depa tak tahu bertapa semputnya ibu untuk buat persediaan untuk jalankan program itu....
Hentam jelah.....huhuhu....

 Kit yang ibu dapat 4 hari sebelum program bermula berupa banner, sijil penyertaan dan kad.

 Murid-murid membaca buku secara serentak seluruh negara bermula 9.30 pagi sehingga 10.03 pagi...

 Bergambar bersama PTP dan rakan-rakan guru.

Pertandingan mewarna yang berlangsung selepas Program READ2012 bagi meneruskan
Program Kem Membaca 1 Malaysia......

p/s:
Saat ini rasanya tidak cukup waktu 24 jam sehari....huhuhu.......

About me