Hari ini adalah Hari Lahir Muhammad Farouk yang ke 9.
Satu-satunya anak lelaki ibu dan ayah.
Penantian ibu selama bertahun-tahun untuk memiliki seorang waris lelaki.
Alhamdulillah, ibu sangat bersyukur kerana Allah
makbulkan setiap doa2 ibu.
Walaupun Farouk satu-satunya anak lelaki tetapi kasih sayang
ibu pada anak-anak lain adalah sama rata...
Tiada sedikit pun perbezaannya.
Banyak ujian yang Allah berikan pada kami
sewaktu membesarkan Farouk:
1. Sewaktu kecil Farouk alami penyakit paru-paru berair yang agak kronik.
Hospital adalah rumah ke 2 Farouk.
2. Alami muntah darah akibat tertelan serpihan kulit telur.
3. Alami kemalangan bersama ayah dan alami pendarahan yang teruk sehingga kehilangan
sebatang gigi hadapan.
4. Alami pendarahan sewaktu jatuh akibat dilanggar oleh seorang budak di Petro Sains hingga
dikejarkan ke unit kecemasan.
Walaupun Farouk agak manja tetapi sudah nampak ciri-ciri
sikap tanggung jawab terhadap ibu dan ayah......
Sambutan Hari Lahir Farouk yang ke 6 bersama Kak Nana @Beby
Birthday di Pra Sekolah bersama rakan-rakan.
Sambutan Birthday Farouk yang ke 7 bersama Kak Nana @Beby.
Birthday Farouk yang ke 8 tahun lepas.
Doa untuk Farouk:
Ya Allah,
kurniakan lah kesihatan yang baik untuk Muhammad Farouk.
Jadikan lah Muhammad Farouk anak yang soleh dan berakhlak mulia.
Lindungilah Muhammad Farouk dari sebarang kesukaran, kecelakaan dan malapetaka.
Ya Allah,
Terangkan lah hatinya,
Jadikan lah dia seorang anak yang bijak dan pintar,
Kurniakan hati yang terang pada Muhammad Farouk dalam
mendalami ilmu dunia dan akhirat....
Semoga Muhammad Farouk menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan cemerlang di akhirat.
Aminn.....
Al-Fatihah.........
p/s:
Awal-awal pagi ayah dah keluar rumah untuk hadiri
mesyuarat Cuepecs...
Ayah sekadar menghulurkan duit untuk ibu dan anak2 celebrate birthday Farouk...
Jom anak-anak kita pergi berfoya2.......