Macam biasa birthday anak-anak ibu tidak buat sebarang sambutan.
Itu permintaan daripada mereka.
Kami sekadar keluar makan bersama-sama.
Dulu berlima sekarang dah tinggal 4 dan mungkin tahun depan tinggal 3....huhuhu....
Birthday girl a.k.a Beby tu suka buat muka macam-macam....huhuhu...
Birthday girl yang dah makin membesar....moga semakin matang dan rajin2lah belajar ye.....
Jangan nak dok releks je......
Risau ibu dengan budak sorang nie!!!!!!!
Kali ini kami order Zinger Double Down.
Boleh tahan juga rasanya.....
Rangup + pedas2 manja2 saja......
Tapi malam tadi kami diserang cirit birit....huhuhu...
Farouk pun akan menyambut birthday pada bulan Oktober ni.
Jadinya untuk jimat kos ibu dah pesan,
celebrate ni untuk Farouk dan kak nana a.k.a beby sekali.
2 in 1......hehehe....Nak jimat kos punya pasal.....
Kek tunggu ayah balik nanti.
Dah 4 hari ayah tinggalkan kami.....
Budak yang tak suka makan nasi.
So setiap Hari Jumaat ibu terpaksa bawa dia ke restaurant fast food dan dalam peti ais ayah
terpaksa beli stok fast food untuk farouk.
Memang tidak elok untuk kesihatan tetapi terpaksa juga sebab nanti langsung dia tak nak makan....
Kek yang dihadiahkan oleh kawan2 Beby....
Kek yang angah beli......
Nak kek tiramisu tunggu ayah balik ye.....
Suprise dari kawan-kawan....