Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 September 2012

Along + Spaghetti.

Semalam ibu masak spaghetti bersos tomato.
Licin hingga menjilat jari.
Anak-anak ibu memang suka makan spaghetti.


Pagi ini ibu masak spaghetti bersos cheese + herba pula.
Rasa macam tak menyelerakan pulak.
Ayah suka beli sos berperisa yang pelik-pelik........

Bila masak spaggeti mesti ibu akan rindukan along.
Motif buat n3 ni sebenarnya kerana rindukan Along...huhuhu...


Spaggeti bersos cheese + herba......

Hujung bulan ni Along mungkin tak balik.
Sekarang dia sibuk dengan study.
Maklumlah budak-budak matrik sekarang tak macam zaman kita dulu.
Kalau dulu waktu belajar 2 tahun tetapi sekarang dipendekan selama 1 tahun je.
Jadinya tiap-tiap 2 minggu Along ada exam.
1 bulan lagi Along akan hadapi final exam untuk semester 1.

Ini gambar  Along balik semasa cuti Hari Malaysia.
Pelajar kolej yang masih manja..
Makan nak bersuap...........
Perangai manjanya buatkan ibu terlalu merindui Along.

Ni semasa kami singgah ke Tesco Melaka.
Menu wajib yang kami beli sudah semestinya sushi bersama stok makanan
Along di sana.

Along, Angah dan Naurah.
Siapa sangka Naurah yang kecil keding dah mula meninggi.
Ketinggiannya dah hampir sama dengan Along.
Agaknya kalau dah naik sekolah menengah nanti Naurah pun akan memiliki ketinggian 
macam angah dan Beby juga kot.
Maklum la baka sebelah ibu semuanya tinggi lampai....hihihi.....

p/s:
Minggu depan Along exam Muet.
Doakan Along ye......

27 September 2012

Farah Naurah + Muka Tembok.

Salam rindu semua.
Minggu ni ibu agak sibuk dengan program keluar daripada kawasan sekolah.
Aktiviti yang paling ibu tak suka...huhuhu.....
Tapi kena akur kerana "Saya Yang Menurut Perintah".

Kali ni pun masih n3 terperam.
Peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu.
Si tuan badan dah pandai komplin.
Katanya lama dah ibu tak buat n3 tentang "Kakak".
Amboi dah pandai jeles-jeles pulak ye.....

Minggu ini Naurah menerima hadiah dalam pertandingan melukis poster
sempena Program Kemerdekaan hari tu..

Poster yang Naurah lukis dan mendapat Naib Johan.

Minggu ini Naurah di booking oleh cikgu Matematiknya untuk projek
Mural Panitia Matematik  bersama beberapa orang rakan-rakannya.
Ibu gelarkan mereka "Muka Tembok".....
Masing-masing tercengang dengan gelaran yang ibu berikan....hehehe........

Hari pertama-draf lukisan.

Hari ke 2- mewarna mural.

Dah hampir siap...

25 September 2012

Aktiviti Hujung Minggu.

Tergedik-gedik nak buat n3 hujung minggu walaupun dah berlalu.
Bukan ada kisah menarik pun.
Cuma sekadar membuat catatan bagi membuang sawang yang makin tebal di blog.....huhuhu...

 Kisah budak Beby ni lagi.
2-3 hari lepas cermin mata si Beby ni  terjatuh dalam mangkuk tandas.
Aduyai......memang cari nahas betul la....
Terjerit-jerit memanggil ibu.
Ingatkan kecemasan apa la kat dalam tandas tu......
Terpaksalah Beby pakai contact-lenses sementara
menanti ayah balik dari OStation...

Dan yang kelakarnya si Farouk jadi superman.
Cepat Farouk berlari mencari hanger besi.
Dikerjakan hanger tu dan dijadikan pengait untuk menyelamat spek kak Nana a.k.a Beby.
Akhirnya spek tu selamat cuma Kak Nana a.k.a Beby dah tak ada selera nak
menyentuhnya walaupun Farouk dengan gigihnya mencuci dan merendam spek tu
di dalam air sabun.

 Bila ayah balik dari outstation, terus kami ke The Vision Muar.
Kebetulan ibu dapat kupon diskaun.
Bila check power mata Beby dah naik dari 225 ke 350 dalam masa tak sampai setahun.
Ibu tahu puncanya bukan kerana kuat study tetapi kerjanya dok mengadap FB.


Lepas dah settle masalah Beby,
kami settelkan masalah ibu pula...
Masalah ibu ialah lapar sebab tak sempat b.fast....hehehe....
Singgah bakery kat Astaka.
Bila perut lapar, macam-macam ibu capai.
Order pai telur, donut coklat, roti tuna dan macam-macam spesis kek dan roti.....
Makan tak hinggat....


Ayah bawa kami ronda-ronda kat Tanjung Emas.
Rupanya farouk dah tak minat nak main kat playground lagi.
Itu bermakna anak bujang ibu dah makin membesar....huhuhu.....

Sebelum balik ayah singgah kat Giant.
Ayah bercadang nak masak steamboat untuk dinner.
Lamanya tak merasa stemboat ayah sejak ayah sibuk dengan urusan..

Sempat la ibu menghabiskan stok duit dengan memborong tudung2 kat situ
sambil beli takoyaki untuk 4F......
Ini  yang buat ibu malas keluar.
Bila keluar shopping confirm duit mengalir macam air paip.
Habit buruk yang tak mampu ibu kawal sejak dulu sampai sekarang...huhuhu...

Dan akhirnya steamboat yang ayah masak licin kami kerjakan....nyum..nyum..nyum....

p/s:
Maaf ye sebab ibu masih tak berkesempatan nak BW macam dulu.
Hari ni ibu bermesyuarat di PKG.
Hari Rabu dan Khamis ibu perlu ke sebuah sekolah untuk beri khidmat bantu
pada sekolah untuk program Pusat Sumber Cemerlang.......

About me