Minggu ni blog ibu bersawang akibat kesibukan melanda.
Maklumlah semakin hampir UPSR, kesibukan makin berganda.
Beginilah melayan anak-anak sekolah rendah.
Semua harapan tergalas dibahu cikgu.
Maklum la mereka masih kecil dan tidak mampu berfikir secara matang....
Para guru berdebar-debar, mereka masih bersuka ria dan tetap ceria...
Terpaksalah cikgu-cikgu bekerja lebih keras untuk mereka.....
Majlis penyerahan ilmu.
Merangkap cikgu dan ibu kepada calon UPSR.....
Seketika berada disebelah Naurah dan seketika perlu berucap di depan ibu bapa.
Ayah tidak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan luar.
Syukur anak-anak dah dapat menerima kesibukan ayah.
Alhamdulillah malam tadi ayah bergegas balik seketika dari KL
untuk memberi motivasi kepada anaknda kesayangannya nie....
Pagi-pagi ayah dah berkejar semula ke KL sehingga esok baru balik......
Pelukan sayang dan kata-kata semangat dari seorang guru kepada
anak-anak didik yang dibela sejak darjah 1.....
Di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar mereka tenang dan
mampu menjawab soalan peperiksaan yang bermula 11.9.12....
Ibu bapa yang hadir.
Sedih, sebak, terharu dan macam-macam perasaan mendatang.
Hadir mereka bersama harapan..
mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada kami.
InsyaAllah..itulah tugas seorang guru.
Mahu melihat setiap anak-anak didiknya berjaya dengan cemerlang....
Sebahagian dari guru-guru yang sempat posing di kain rentang selepas Majlis Penyerahan Ilmu.
Selepas majlis tu kami berkonvoi ke rumah terbuka salah seorang rakan kami.....
*p/s: Ummiross, Nampak tak nza pakai baju daripada batik Sarawak berwarna
coklat + kuning tu.......hehehe.....
p/s:
Terima kasih kepada adik-beradik ibu,
saudara mara, rakan-rakan ibu,
rakan-rakan blog dan
FB yang tidak putus-putus berdoa
untuk kecemerlangan anak-anak ibu.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Al-Fatihah ibu sedekahkan buat Farah Naurah dan calon-calon UPSR semua.
Semoga mereka semua diberi kelapangan dan ketenangan
dalam menjawab soalan.........amin.
*Aduyai lepas Isyak si tuan badan Farah Naurah dh zzzzzzzzzzzzzz...
Tak kisahlah, biarlah dia beradu dan rehatkan minda sebab esok
kali pertama dia berjuang dalam peperiksaan awam....
*Aduyai lepas Isyak si tuan badan Farah Naurah dh zzzzzzzzzzzzzz...
Tak kisahlah, biarlah dia beradu dan rehatkan minda sebab esok
kali pertama dia berjuang dalam peperiksaan awam....