Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Ogos 2012

Riang Ria Syawal 1433H/2012M...

Bersua kembali.
8 hari di kampung rasanya seperti 2-3 hari je di sana.
Terlalu cepat masa berlalu.

Mood untuk berblog pun ke laut.
Sekadar tepek beberapa keping gambar hari raya semasa di kampung....
Kalau balik kampung memang kami raya sakan.
Sebab tu ayah suka raya kat kampung ibu.
Dan jangan tak percaya,
sejak kawin dan sampai ke hari ini ayah lebih suka menyambut
raya di kampung ibu dahulu sebelum ke Johor....
Sebab tu saudara mara dan rakan-rakan jeles dengan ibu.
Tapi jangan salah sangka ye,
tidak pernah ada paksaan dari ibu dan semua tu kehendak ayah.
Dan yang pasti ibu amat-amat bersyukur kerana tidak perlu
gundah gulana setiap kali menjelang Syawal....

Ibu selamat pulang ke Johor pada raya ke 5
kerana pada raya ke 6 ada majlis perkawinan anak saudara sebelah ayah...

 Keluarga besar ibu.
Gambar hari raya pertama.
Kalau orang lain ada tema warna untuk hari raya,
Family ibu tidak pernah ada tema.
Masing-masing nak warna kegemaran.
Kacau bilau je tema kami....hehehe...
Cuma 2 tahun kebelakangan ni kami pakai baju tema plain + manik bling2.
Tahun lepas baju raya kami didatangkan khas dari Vietnam tapi tahun ni dari Malaysia + Indonesia gitu.....

 Anak2 dara kesayangan ayah.
Terlalu cepat masa berlalu.
Tanpa ibu dan ayah sedar, mereka mula menjadi anak2 remaja....
Ayah sering kalah dengan hasutan 4F nie.....

4F yang sering menceriakan hidup ibu dan ayah.....

 Dan tidak lupa, bujang kesayangan kami sekeluarga.
Manjanya mengalahkan kakak2nya....
Satu-satunya waris keluarga kami.

 Anak-anak dara ibu semakin meningkat dewasa.
Dan yang pasti ibu semakin tua.
Terlalu cepat masa berlalu.....
Mereka mewarisi ketinggian ibu.
Kalau tinggi ibu 165cm, nampak gayanya anak-anak ibu mengugat ketinggian ibu.....

 Hari raya ke 3 baru sempat kami sekeluarga bergambar dengan mama dan abah.
Maklumlah, raya pertama abah sibuk kerana 
saban tahun abah kena jadi imam dan menyampaikan  khutbah raya di kampung...
Anak tok guru kena banyak bersabar dengan kesibukan abah..hukhukhuk..

Bahagia melihat wajah kebahagiaan mama dan abah yang dikelilingi anak, menantu dan cucu2nya.....

17 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA 
Ibu dan Family ucapkan kepada semua
terutama rakan-rakan blogger yang tidak pernah jemu bertandan dan 
sentiasa mendoakan kebahagiaan dan keseahteraan kami sekeluarga.
Jika ada terkasar bahasa semasa meninggalkan komen, 
ada kata-kata yang menyentuh hati, 
ibu menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf.....

SELAMAT HARI RAYA.

p/s:
Tuan rumah akan bercuti 1 minggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta.
Panjang umur kita berjumpa lagi ...InsyaAllah...

16 Ogos 2012

Check list Terakhir.

Terima kasih kepada semua yang sedekahkah Al-Fatihah
kepada arwah rakan ibu Cikgu Hamdan B Gendut.
Walaupun teramat sedih dengan kehilangannya namun
hidup perlu diteruskan.
Giliran kita akan tiba jua nanti......
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.....ameen...

Sebelum menyambut hari raya ibu pastikan
membuat senarai semak persediaan raya.
Maklumlah kami berhari raya di kampung.
Ibu nak pastikan semuanya dah tersedia sebelum balik kampung..........

Baju  Raya
Alhamdulillah dah selesai setelah hampir 3 minggu siri pencarian dijalankan.
Punyalah cerewet 4F nie.
Makin besar makin terserlah sikap itu.
Yang paling ibu hot dengan 4F nie, tak nak kalah dengan ibu.
Ibukan peminat baju bling2, 4F pun nak baju bling..
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..kan..kan...huhuhu....
Fening......mak jemah.....

Kasut raya
Pun dah settle.
Bila seorang F nak kasut, sudah semestinya 4F tu nak juga.
Alahai sabar jelah.
Nasib baik ibu ni ahli produk santini/latina.
So dapatlah diskaun 20%.

Duit raya
Alhamdulillah, awal-awal ayah dah booking dengan kawan dia.
Jadinya tak perlulah kami bersesak ke bank....
Sekarang ni tinggal nak masuk dalam sampul jelah...

Kuih raya
Semuanya dah siap ditempah.
Semuanya dah ada depan mata.
Ibu tempah untuk 3 cawangan,
1 untuk rumah sendiri, 1 untuk rumah mama di Kelantan dan 1 untuk ibu mertuaku.....hehehe....

Sekarang ni sibuk edisi packing kain baju nak balik kg.
Ibu yang "over" mengalahkan anak-anak.......
Semoga segala perancangan ibu sekeluarga berjalan lancar.......

About me