Entah mengapa hati ibu sering curiga bila melihat Farouk di bulan puasa.
Terkadang timbul rasa bersalah.
Perasaan sebegini tidak pernah ada di hati ibu sewaktu 4F berpuasa diusia Farouk.
Ibu bukan apa, curiga melihat keadaan Farouk yang tidak menunjukkan tanda-tanda lapar atau haus.
Ah......terkadang ibu rasa bersalah kerana sering curiga pada farouk.............
huhuhu.....
huhuhu.....
Balik sekolah, sempat belek dan baca Al-Quran sebelum ke SAgama sesi petang.
Farouk : Ibu, ustaz kata kalau tengok Al-Quran pun dah dapat pahala ek???
Ibu : Yelah, kalau farouk baca makin banyak dapat pahala,
ibu dapat, ayah pun dapat, kakak2 pun dapat pahala....Nanti sejuk perut ibu....
Farouk : Best la kalau macam tu ,
perut ibu dah rasa sejuk ek sekarang sebab farouk dah baca al_quran.
Ibu: yelah, sejuk sangat......(alahai, macam-macam budak sorang nie...)
Balik Sekolah Agama sesi petang Farouk layan game pulak.
Sambil-sambil tu sempatlah Farouk temankan ibu di dapur.....
Terkadang rimas jugak ibu bila dia nak tolong ibu.
Banyak sangat pertanyanya......penat nak layan....
Sebelah malam selepas berbuka farouk suka duduk di kaki ibu.
Itulah kerjanya sebelum pergi surau berterawih.
Suka dibelek-belek, disapunya losyen, dikebek2, di gosok-gosok kaki ibu.......
Bila ibu tanya, farouk cari apa kat kaki ibu tu.
Farouk : Farouk cari syurga di tapak kaki ibu....
Ustaz kata syurga di bawah tapak kaki ibu........
Kuat juga pengaruh seorang ustaz ye......
Alahai farouk....
Terkadang dialah racun dan dialah madu buat ibu.......