Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Julai 2012

SteamBoat MasterChef Kami.

Sorry ye pagi-pagi tayang makanan.
Semua ni dalam draf ibu ye.
Tak de niat nak buat kawan-kawan terliur..huhuhu....

Hari pertama puasa ayah dah volunteer nak masak untuk juadah berbuka.
Ibu sekadar masak juadah untuk bersahur je.
Tersengeh ibu sampai ke telinga.
Lagi pun dah lama ayah tak masak steamboat untuk kami.
Steamboat ayah memang terbaik......

Melimpah ruah.....
Bahan-bahan untuk steamboat ayah beli semasa kami outing ke Muar pada pagi tu.
Macam biasa kalau ke supermarket, ibu akan bersama 4F meronda bahagian
pakaian manakala ayah bersama farouk akan ke bahagian makanan....hehehe....

Tak cukup 1 periuk, ada lagi untuk tambahan.
Dasyat sungguhkan kami makan steamboat..
Sekejab je habis 1 periuk steamboat tu dikerjakan oleh kami.

Petang semalam ibu sekadar masak pasta, rendang dan
ketupat segera untuk bekalkan Along ke kolej.
Sedihnya hati waktu berbuka petang semalam bila
tengok kerusi tempat biasa Along duduk dah kosong.
Ya Allah, kuatkan hati ini...........

22 Julai 2012

Jahitan Bunga Manik Kuning Hitam

Ini kisah minggu lepas.
Weekend yang lepas  ibu tak kemana-mana.
Sekadar jadi makcik supir menghantar anak-anak ke kelas taekwando dan aktiviti sekolah.
Ayah pun sibuk sangat minggu lepas.
Asyik terbang sana sini.
Entah apa la yang sedang Cuepecs bincangkan tu.....emmmmm.
Tunggu jelah pengumuman mereka sebelum raya..
Ada sesuatu yang dituntut untul orang2 gomen.......

Sementara ada masa terluang, ibu capailah kain dah yang berbulan ibu beli.
Entah mereput dalam beg plastik tu...
Kebetulan kerajinan melanda.
Target ibu untuk siapkan 2 pasang baju raya.
Misi dan visi ibu berjaya juga.
Ibu mampu siapkan 3 pasang melepasi target ibu......
Sementara ada masa terluang, ibu jahitkan manik pada lengan baju.
Tapi ibu tak pasti la baju tu sempat ke tidak ibu pakai masa hari raya nanti...huhuhu....

 Kelopak-kelopak bunga pada kedua-dua belah tangan baju....
Maaf la ye ibu tak snap pic keseluruhan baju tu...
Yelah, namanya pun baju raya...Nanti basi la pulak kanzzz...........
Kain ni jenis sutera korea, lembut sangt-sangat..., 
hadiah dari seorang anak murid bernama Nurul Jannah,
anak seorang usahawan berjaya sempena Hari Guru.

 Ibu zoom sikit.....

 Ini baju ke 2.
Kain batik sutera yang ibu beli semasa ibu ke Terengganu bulan Mei lepas.
Klik SINI dan SINI.. .
Ibu sekadar tambah batu-batu kristal di kedua belah tangan baju.....

 Zoom sikit...

 Ini baju ke 3..Warnanya lebih kurang sama dengan baju ke 2.
Lagipun ibu beli di tempat yang sama iaitu di Desa Murni Terengganu yang sekarang amat terkenal
dengan kain batik sutera berkualiti tinggi........
Baju ni dah jahit manik tapi belum siap lagi....
Entah bila la nak siap "bunga2 Chenta"yang hitam legam  tu....
Ibu pun pelik kenapa ibu pilih labuci warna hitam????
Musykil??????

Tinggal sepasang lagi baju yang belum siap dijahit.
Kain yang ke 4 tu adik beli kat Vietnam beberapa bulan lepas.
Kalau ikutkan, ibu nak jahit sebelum menjelang puasa.
Nampaknya target ibu tidak tercapai.
InsyaAllah ibu cuba jahit sebelum menjelang raya nanti.....

Sementara stok labuci masih ada, ibu jahit bunga yang simple pada sepasang lagi baju batik sutera.
Baju ni dah  lebih1 tahun usianya tetapi akibat kainnya yang agak bermasalah untuk digosok,
baju ni tersimpan jelah di dalam almari.
Ibu pun pelik dengan kain batik sutera sepasang ni...
Kain batik sutera yang lain tidak ada masalah sangat kalau digosok bila kita spray dengan softlan,
tetapi yang sepasang ni lain macam sikit...memang menguji ibu je setiap kali nak gosok.....
Maka tersadailah ia di dalam almari tu.....

p/s:
Jap lagi nak bertolak ke Melaka.
Hantar Along balik semula ke kolej.
Hampir 4 jam perjalanan pergi dan balik tu.....hu.hu.hu...

21 Julai 2012

Pinjam Along Seketika.


Ibu ucapkan SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT BERSAHUR kepada semua.
Ibu mohon maaf jika sepanjang persahabatan kita,
 ibu ada meninggalkan komen yang menyentuh perasaan kalian
tanpa ibu sedari.........

Semalam selepas solat Jumaat Ayah, ibu dan Angah ke Melaka
untuk  jemput Along a.k.a Farah Nabilah di kolej.
Dah 5 minggu kami tidak bersua.
Rindu teramat sangat.

Kami melalui lebuh raya AMJ ke Bandar Melaka, 
Mak aiiii......kami perlu melalui kesesakan lalu lintas walaupun melalui jalan 3 lorong...
.
Untuk sampai ke Masjid Tanah entah berapa banyak trafik light yang
perlu diredah.
Tak terkira banyaknya......
Sabar jelah.


Tiba di kolej dah pukul 4.20 petang.
Itupun sesekali ayah pecut di jalan yang menghala ke Sungai Udang yang agak lengang.

Wajah riang 2F...
Maklumlah, angahlah orang yang paling merindui along.
Tak henti-henti mereka bersembang sepanjang perjalanan.
Banyak cerita yang mereka simpan untuk dikongsi..
Maklumlah selain adik beradik, mereka berdua adalah best friend..

OTW balik, macam biasa kami singgah TESCO untuk borong sushi.
Bergegas balik untuk sampai ke rumah sebelum Maghrib.
Maklumlah, semalamkan hari pertama solat tarawih.

Esok terpaksa pulangkan semula along ke kolej
dan mungkin kami akan berjumpa semasa raya di Kelantan nanti
kerana along terus ambil tiket  ke kampung.......

About me