Dah seminggu kami anak beranak dok makan western food.
Lama-lama tekak ibu dah rasa lain macam je.
ibu rindukan sesuatu.
Rindu dengan makanan tempatan...hu.hu.hu....
Sejak malam ibu dah terfikir menu nie...masak lemak cili padi yang pekat + pedas.
Hajat tercapai juga akhirnya.....
Baru puas ibu makan nasi....
Dan Angah belikan nasi kerabu ni untuk ibu sekembalinya dari tuisyen.
Nasi kerabu ni angah beli kat restauran milik ibu kawan sekelasnya.
Memang sedap sangat...sangat...dan sangat.
Rasa tak puas makan 1 bungkus...
Alahai ibu, sabar jelah........
Cukup tak cukup, makan tak boleh lebih ye.......
Bukan nak jaga badan tetapi jaga kesihatan.....
Dan ibu mengidam nak makan takoyaki nie.
Baru minggu lepas ibu makan dengan anak-anak semasa outing.
Tiba-tiba terliur lak pulak.
1st time makan tak begitu sedap tetapi kali ke dua yang ibu
makan sedap sangat...Isi ketam melimpah ruah di dalamnya.
Sempat ke nak makan takoyaki sebelum puasa menjelma.....????
RINDU LAMBAIAN RAMADHAN.....
p/s (update terkini ):
Semalam mendapat perkhabaran gembira, adik ibu Dr Ahmad Zakimi dan isteri, Rohaita kerana mendapat Baby baru tetapi malam tadi mendapat khabar sedih kerana BB dalam keadaan kritikal dan terpaksa meggunakan bantuan pernafasan...
Mohon doa daripada semua.....
Ya Allah, selamatkan BB.....
Mood : Sedih......
Mohon doa daripada semua.....
Ya Allah, selamatkan BB.....
Mood : Sedih......