Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Julai 2012

Senam J Robik 1 M1S1M

Semalam semua sekolah di seluruh Malaysia mengadakan SenamRobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
Sekolah ibu pun tidak lepas daripada jalankan aktiviti ini.
Senaman ini mengambil masa tidak lebih dari 1 jam.
Bermula 7.45-8.50 pagi.
Selepas senamrobik, murid-murid di arah masuk ke kelas macam biasa.
Pihak guru-guru ingatkan P&P bersambung selepas rehat.
Namum pihak atasan mahu P&P disambung terus.

Di dalam keadaan murid yang tidak bersedia.
Di dalam keadaan murid yang tidak membawa buku.
Di dalam keadaan yang penat.
Dengan peluh menitik..
Dengan bau yang kurang menyenangkan..
P&P tetap diteruskan seperti yang diarahkan.
Dan yang pasti cikgu yang syok sendiri mengajar di depan kelas
sedangkan murid-murid dah tidak memberi tumpuan...
Alahai anak-anak sekarang, dah tak lasak macam anak-anak dulu.
Sedangkan cikgu yang dah berumur masih mampu mengatur langkah
seperti di depan kelas.......

Ok, jom bersenam....

Barisan guru-guru,dan staf .
Berpeluh juga buat senaman nie.....
Kelakar je ibu tengok gambar-gambar aktiviti ni kat FB.
Dah tak macam senamrobik..
Macam-macam gaya ada....
Akibat lama tak melakukan aktiviti ni, urat saraf rasa macam keras dan kaku......

10 Julai 2012

Outing Tanpa Along-Janggal

Sejak Along tiada, kami sudah jarang outing.
Entahlah, ibu rasa macam ada sesuatu kekurangan.
Terutama bila ke restaurant fast food.
Bila order makanan untuk 4F mesti ibu akan order 5 pinggan.
Mesti mata ibu akan tertumpu di suatu sudut untuk mencari sesuatu yang kurang.
RIndu along sangat-sangat.....

Rasanya sejak along ke kolej, inilah kali pertama kami masuk KFC.
 Kami sanggup ke KFC di K-Mall sejauh 24 km kerana KFC BG yang jaraknya cuma 0.1 km
dari rumah menyediakan ayam yang tidak segar dan terkadang berbau.........
Setiap kali makan KFC di BG mesti Farouk akan muntah.....
Dan terpaksalah kami pergi ke KFC K-Mall untuk mencuba flaming crunch.....

KFC Flaming crunch yang memang sedap...Rangup dan pedas......

 Naurah...

 Biasanya angah akan duduk bersebelahan dengan along.
Bila lihat gambar ni, ibu rasa janggal.....

 Kesian tengok Farouk makan.
Macam orang kebulur....
Selama ni kalau makan di KFC BG, awal-awal farouk tak nak makan ayam.
Kali ini siap habis 2 ketul ayam di makannya.....

Bersandar kekenyangan. Siap order 1 set lagi snack plate combo untuk di tapau....

 Sampai bengkak dan merah bibir farouk kepedasan makan ayam flaming crunch..tapi memang sedap.

 Melayan 3F membeli bedak dan minyak wangi...

Kami naik ke tingkat dua K-Mall.
Kat sini banyak dijual baju kurung dan jubah yang dah siap.
Cantik dan murah harganya.
Ibu sekadar meninjau untuk membuat persiapan raya nanti.
Macam tahun lepas, baju 4F dan  ibu dibeli yang dah siap di sebuah butik.
Malas dah ibu nak jahit sendiri...PENAT!!!!!!

9 Julai 2012

Terima Kasih MamaQS.



Jika kelmarin ibu buat n3 tentang JS yang memberi kejutan pada ibu.
Semalam ibu dikejutkan lagi dengan pemberian award dari seorang lagi
adinda ibu mamaQS.
Bahagia bila sentiasa diingati dan disayangi.
Tak terucap dengan kata-kata....
TQSM mamaQS.
Ibu amat-amat menghargai pemberian award ini.
Semoga persaudaraan kita akan kekal selamanya......

Award yang dihadiahkan oleh mamaQS untuk ibu..
Cantikan!!!!!!!!
TQSM dear....Muah.



About me