Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Julai 2012

Terima Kasih MamaQS.



Jika kelmarin ibu buat n3 tentang JS yang memberi kejutan pada ibu.
Semalam ibu dikejutkan lagi dengan pemberian award dari seorang lagi
adinda ibu mamaQS.
Bahagia bila sentiasa diingati dan disayangi.
Tak terucap dengan kata-kata....
TQSM mamaQS.
Ibu amat-amat menghargai pemberian award ini.
Semoga persaudaraan kita akan kekal selamanya......

Award yang dihadiahkan oleh mamaQS untuk ibu..
Cantikan!!!!!!!!
TQSM dear....Muah.



Seharian di Riverview Hotel

Semalam seharian ibu, ayah dan Farouk bertapa di Riverview Hotel bagi memberi sokongan
pada Beby a.k.a Farah Najdah yang mengambil 
ujian siri ke dua kelayakan untuk mendapat black belt
dalam taekwando. Siri pertama klik sini .

Ujian pertama ibu tidak dapat hadir.
Hanya ayah seorang je yang pergi.
Kali ini ibu free dan dapatlah ibu hadir bersama.

Model tak berbayar.......

Test ni di buat di Hotel Riverview Muar.
Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang hadir dan cuma 5 orang je orang Melayu 
(4 perempuan dan 1 lelaki).
Pada awalnya mereka guna Bahasa Cina.
Ibu rasa macam duduk negara cina pulak...Alahai...1 Malaysia ke tu....
Bila penganjur melihat kelibat ibu dan ayah baru mereka guna Bahasa Inggeris.
Itu pun bercampur aduk dengan Bahasa Cina....

Bayaran untuk 2 siri ujian ni RM400 untuk seorang.
Ayahlah orang yang paling gembira bila Beby ingin meneruskan perjuangnya untuk mendapatkan
black-belt nie.....
Maklumlah cita-cita ayah untuk mendapat black belt terkubur akibat
kemiskinan dan tidak mampu membayar yuran. 
Cuma ayah terkilan kerana Angah dan Along tidak meneruskan
perjuangan ini padahal mereka dah hampir capai tahap black belt.
Ayah sanggup berhabis demi anak-anak mencapai impian ayah.....
Apa nak buatkan......
Cuma Beby seorang harapan ayah setakat ini....
Naurah dan Farouk pun nampak macam tidak berminat.....

Sesi pertama adalah ujian bertulis.
Soalan dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris.
Calon diberi masa 20 minit untuk 30 soalan.

Ada beberapa ujian yang perlu calon lalui seperti fitness dan sparing.
Ibu pun ngeri je tengok ujian ni.
Memang lasak sungguh.
Main terajang-terajang tu biasalah sampai lebam2, terseliuh dan kulit terkopek...
Hish!!!! tak sanggup ibu.
Ibu memang respect la dengan Beby yang mampu lakukan semua tu
dengan jayanya.
Beby mampu patahkan susunan kayu dengan tangan dan tendangan........

Sedang menunggu giliran untuk ujian seterusnya.....

Sparing....Peserta perlu melompat di atas 3 orang rakan dan mematahkan kepingan kayu yang dipegang
dengan gaya terajang......

Susunan kayu yang Beby berjaya patahkan dengan teknik karate....

Jumpa kawan Melayu di sana......

Sedang berbincang dengan pasangan fitnessnya....

Berehat seketika.
Masa Beby berehat dan lunch, ibu, ayah dah farouk bekejar ke majlis jemputan kahwin rakan ibu ,
Pegawai PTP PKG Serom untuk makan tengahari...he.he.he..
Berbaloi-baloi kerana masakannya amat-amat sedap....
Selesai makan, kami berkejar semua ke Hotel Riverview....

 Peserta Melayu....Kebetulan nama mereka hampir sama...Bermula dengan FARAH....
Nama mereka bertiga mengelirukan pengelola.....he.he.he....

Lengan Beby yang calar akibat terkena pisau semasa aktiviti berlawan 3 in 1.

Status kt FB Beby:
Finally! Sampai juga dekat rumah. Tak tau esok boleh sekolah ke tak. Badan,kaki and tangan luka-2 sebab kena pisau. Dah tu terseliuh. Sumpah sakit. :'(

Penat! Ibu jari tangan terseliuh masa tengah sparing. Damn sakit gila. Seriously nak nangis masa buat fitness. Macam nak mati rasa. Lepas ni breaking. Ya allah! Seksanya ambik black belt test ni. :'|


Kesian ibu tengok keadaan Beby...
Jalan terhinjut-hinjut, jari sakit, pergelangan tangan terseliuh dan lengan calar balar.....
Ayahlah yang banyak memberi kata-kata semangat dan ayahlah yang bersusah payah
mengurut dan menyapu minyak setiap kali beby berehat.......
Ibu doakan agar Beby berjaya dalam ujian ini.....
Gud luck Beby......

p/s:
Tahniah juga untuk Beby kerana berjaya mendapat tempat ke 3 dalam coral speaking mewakili sekolah di SMK Sri Menanti, Muar pada Hari Sabtu..

8 Julai 2012

Terima Kasih JS.

Jumaat lepas ibu terima sekeping surat chenta berwarna pink.
Sweet sangat-sangat.
Menurut rakan sebelah ibu di bilik guru, 
surat tu dah 2-3 hari sampai dan diletak kat atas meja dibilik guru.
SEjak kebelakangan ni ibu amat-amat sibuk.
Nak ke bilik guru pun dah tak sempat.
Bertapa sendirian di PSS...

Ibu kidnap gambar ni dari blog JS.....maaf ye JS sebab tak minta izin dulu....

Ibu terima kad birthday dan bookmark yang sweet dari JS.
Kebetulan masa tu ibu meeting.
Siap tayang-tayang dekat bilik mesyuarat.
Hahaha..depa  jeles.
Siap tanya siapakah gerangan JS itu.
Adakah pengirimnya Dato' Jins Samsudin, Jamil Sulung,....
Siapakah gerangan skandal ibu itu
Tak tahan ibu nak gelak......

TQSM my dear JS di atas tanda ingatan.
Terharu dan gembira kerana diingati.
JS memang seorang pemurah.
Ibu pernah dapat cenderahati yang comel dari JS.
Klik di sini......
TQSM JS, sayang JS ketat2......Muah..Muah...Muah.....

About me