Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Jun 2012

Pengsan ke??????

Agak lama jugak ibu tak buat n3 khusus tentang si bujang Farouk ni.
Kebelakangan ni banyak cerita tentang ibu....



Gambar ni ibu snap sebagai bahan bukti untuk n3 malam tadi..
Peristiwa cemas + kelakar......
Sebabnya tak sampai 5 minit tadi Farouk gelak-gelak sakan + usik kak Naurah dan tiba-tiba diam.
Ibu jadi hairan tengokkan tiba-tiba farouk terdiam.
Manalah tahu dia pengsan ke, 
tercekek nugget ke (sebab masa tu dia tengah kunyah nugget).
 Dengan drastik dia diam + kejung tak sampai 5 minit.......
Laaaaa...rupanya dah zzzzzzzzzzzzzzzzz.....siap berdengkur lagi.....
Buat suspen je budak nie.....hu.hu.hu....

p/s:
Petang ni ada misi dan visi....xsabar......

15 Jun 2012

Take Care ye Angah...

Petang ni Angah meninggalkan ibu selama 3 hari 2 malam bagi mewakili sekolah
ke Program Kecemerlangan SPM di sebuah homestay di Muar.
25 orang pelajar cemerlang dipilih setiap sekolah dari seluruh daerah Muar/Ledang
Mereka berkampung di sana untuk program motivasi anjuran PPD Muar/Ledang.

Kelakar pulak ibu tengok Angah ni.
Macam nak pergi 3 tahun lagaknya.
Angah:
Ibu nanti angah rindukan ibu...
Nanti angah rindukan masakan ibu..
Nanti angah tak boleh tidur.......
nanti angah tak selera nak makan....
*Motif : "Boleh tak kalau angah tarik diri..."
Hish budak nie...Bukan senang nak dapat peluang macam nie.
Suka hati je dia nak tarik diri......

Baru 10 minit angah meninggalkan ibu dia dah sms:
"Ibu, angah dah bertolak ni....Bye..bye..Miss you....

Saja ibu suruh ayah hantar angah ke sekolah petang tadi.
Malas ibu nak tengok drama airmata angah bila bas bergerak nanti........
Angah tu terkenal dengan bintang airmata......he.he.he.....
Take care ye angah.....

Angah dan Baby Wan Qaisara Balqis....

Hari Terbuka

Minggu ni agak sibuk.
Kelmarin berkejar-kejar dipadang untuk latihan sukan/olahraga.
Semalam cikgu pula kena kejar oleh ibu bapa.

Hari ni ada 2 program serentak, Hari Terbuka dan Perjumpaan Khas Ibubapa Thn 6.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Prestasi si bujang Farouk ada peningkatan.
Syukur Alhamdulilah.
Tak sia-sia perubahan sikap farouk kebelakangan ni....

Cuma ibu agak kecewa kerana prestasi Naurah agak merosot kali ni.
Naurah berada dirangking ke 3 keseluruhan Tahun 6.
Bila berbincang dengan cikgu kelasnya Miss Helen,
punca permasalahan Naurah ialah dalam penulisan
Bahasa Inggeris.
Menurut teachernya Naurah cuba melakukan kelainan dalam mengarang.
Mungkin belum tahapnya lagi untuk mengarang dalam
bentuk aras tinggi seperti pelajar sekolah menengah.

Ibu tahu Naurah amat meminati Bahasa Inggeris.
Dia suka cabaran.
Cuma percubaan kali ini memerangkap dirinya sendiri.
BIla mengarang dia menggunakan bunga-bunga bahasa dan dari itu
Naurah melakukan beberapa kesilapan dalam struktur ayatnya.........
Dan akhirnya markah Bahasa Inggerisnya juga jatuh ke tempat ke 3 keseluruhan tahun 6.
Moga Naurah mampu menaikkan semula rangkingnya
pada peperiksaan percubaan UPSR nanti.
InsyaAllah........



About me