Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Jun 2012

Ibu Dah Kembali...

Ibu dah kembali setelah 1 minggu menyepi .
Rindu sangat kat blog yang dah bersawang ni.
RIndu nak baca n3 rakan-rakan yang banyak tertinggal.
Rindu nak BW.

Percutian 1 minggu penuh dengan kisah duka.
Ibu kehilangan seorang ibu saudara  yang amat rapat dalam hidup ibu.
Ibu saudara yang ibu panggil "ma".
"Ma" pergi buat selama-lamanya tanpa sempat ibu menatap wajahnya disaat akhir.
Sewaktu ibu tiba di Kelantan "ma" telah selamat disemadikan......
Al-Fatihah.

Percutian ibu kali ini berakhir begitu saja.
1 minggu ibu terlantar kerana tiba-tiba kesihatan ibu terganggu.
Sakit yang menyerang tanpa diduga.
Percutian berlalu begitu saja.
Namun ibu pasrah dan redha....
Syukur kerana ibu sentiasa dikelilingi insan2 tersayang.



31 Mei 2012

Saja Nak Tayang makanan akibat kerinduan....

Abaikan tajuk di atas.
Sekadar merawat hati yang sedang merindu dan bersedih.

 Gulai kambing kegemaran keluarga kami terutama along.

 Setiap kali ibu masak akan kedengaran suara along menyapa.
"Sedapnya bau...ibu masak apa???"
Setiap kali ibu makan, pasti along akan mendekati.
Bertepek sebelah ibu... meminta ibu suapkan untuk dia semulut dua.
Along anak yang manja.

Betapa ibu terlalu rindukan along saat ini.
Pagi tadi semasa memasak udang kegemaran Along, hampir menitis airmata ibu.
Tiada lagi kedengaran suara along menyapa ibu.........

Dan ikan celup tepung, juga kegemaran along.
Apa saja yang ibu masak, sedap ditekaknya.
Makan penuh berselera sambil memuji keenakan masakan ibu.
Alahai sedihnya hati ibu....

Setiap kali ibu sms along mesti ibu tanyakan pasal makan.
Yang paling sedih , along hanya sempat makan nasi 1x sehari.
Ibu akui along bukan seorang anak yang lasak,
along anak yang manja, amat penyabar, tuturkata dan perlakuannya penuh kelembutan.
Along bukan tahu bersesak-sesak.
Hati ibu jadi risau.....
Ah, ibu yang terlebih risau sebenarnya......

Moga Along mampu menyesuaikan diri ditempat baru.
Sabar menjalani minggu orientasi.
Ibu amat-amat rindukan along.......

p/s:
Semasa n3 ni terpapar,
ibu OTW untuk bercuti.
Mungkin ibu akan menyepi untuk seketika.....
Doakan perjalanan kami sekeluarga..

30 Mei 2012

Ikan Toman Goreng Kunyit dan Asam Pedas Johor.

Sila jangan percaya dengan tajuk n3 ibu tu..
Memancing la sangat.
Pegang joran pun tak pernah.

Hari Jumaat lepas seorang rakan sekerja ibu bagi ikan toman.
Mak aiiii...banyak sangat, dalam 15 ekor.
Ikannya besar..Seekor adalah sebesar lengan orang dewasa.
Entah berapa belas kilo agaknya sebab pada anggaran ibu 1 ekor dah jejak 1kg lebih.

 Balik rumah terus bersilat kerjakan ikan-ikan nie.
Habis sisik-sisik ikan bersepah kat atas kabinet dapur.
Yang dasyatnya sampai sisik tu melantun naik ke kepala ibu...hu.hu.hu...
Sukar juga nak buang sisik kat badannya.
Lagipun ikan sungai ni berlendir dan kuat baunya.....

Biasanya kalau ayah beli ikan keli atau ikan sungai ,
ikan-ikan tu dah siap disiang dipasar..
Tinggal bersihkan dengan air asam je......

Setelah ikan tu siap ibu kerjakan,
proses mengagihkan ikan-ikan tu mengikut kuantiti ahli keluarga.
hi.hi.hi...macam kat kilang pulak....
Bila dah diasingkan memang banyak.
Rasanya 5-6X masak pun belum tentu  habis.
Stok-stok ikan tu ibu sumbat dalam peti ais.
Tunggu masa untuk dikerjakan.....

Menu pertama dari ikan toman.
Goreng kunyit aje + masak sup sayur + sambal ....hi.hi.hi...
Rasa isi ikan toman ni boleh tahan juga.
Isinya manis...mungkin ikan fresh.

menu hari seterusnya ialah asam pedas Johor versi ibu.
Ok jugak rasanya.

Resepi ;
Bahan dikisar:
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 hiris halia

Cara-cara :
Tumis bahan kisar dengan minyak panas
masukkan cili boh/ cili kering (yang telah dikisar)
Bila dah naik bau masukkan air, asam keping, garam, kuib bilis.
Biarkan mengelegak dan pastikan kuahnya sedikit pekat.

Agak-agak resepi apa yang best untuk masak ikan nie?
Boleh tak kawan-kawan bagi cadangan......


About me