Di awal pagi Jumaat yang hening (4.40 pagi ) ibu terima perkhabaran sedih.
Ayahnda "angkat" ibu telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Terkedu dan tersentap seketika.
Beristifar sambil membaca Al-Fatihah.
Tak diduga arwah ayahnda Jusoh pergi meninggalkan kami secepat itu.
Sedih tak terkata kerana sudah lama ibu tidak mengziarahi ayahnda Jusoh.
Seorang ayahnda yang ibu anggap macam ayah sendiri.
Ayah kepada rakan baik ibu, Hasnah.
Keluarga arwah ayahnda amat rapat dengan keluarga ibu.
Kami saling kunjung mengunjung dan bertanya khabar.....
Masih terkenang di zaman persekolahan.
Bila berkesempatan dihujung minggu
ibu mengambil kesempatan mengunjungi ayahnda.
Semasa itu ibu dan Hasnah belajar di sebuah sekolah berasrama di Kota Bharu.
Sehinggalah ibu jalani latihan mengajar di Bandar Jertih ,Terengganu.
Dan setiap kali arwah ayahnda tahu ibu mahu berkunjung,
ayahnda akan sediakan makanan kegemaran ibu, ikan pekasam yang ayahnda proses sendiri.
Arwah ayahnda amat baik.
Seorang ayah yang amat-amat penyayang.
Terlalu mengambil berat.
Bila ibu datang kami akan bersembang hingga larut malam.
Macam-macam cerita yang kami kongsi bersama.
Indahnya saat itu.....
Tapi apakan daya, ajal ayahnda sudah tiba tanpa diduga.
Dengan redha kami relakan pemergian Ayahnda Jusoh.
Ya Allah, Kau tempatkan Ayahnda Jusoh dikalangan orang-orang beriman.
Kau limpahkan rahmatMu ke atas ayahnda Jusoh.
Semoga Ayahnda tenang brsemadi di sana.
Al-Fatihah......