Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 April 2012

17 Tahun Sudah....

Selamat Ulang tahun yang ke 17 untuk Angah.

 Rasanya baru semalam ibu cium pipi budak kecik ni.....
Rupa-rupanya budak kecik ini dah.......

 sebesar ini.....
Sudah bergelar remaja.....
Cepatnya masa berlalu.........

Ibu, Ayah dan family sentiasa doakan yang terbaik untuk Angah.
Kami bangga memiliki Angah.
Angah juga antara butiran mutiara anugerah Ilahi buat ibu dan ayah.

Ibu dan family doakan agar Angah menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat....
InsyaAllah....amin....

21 April 2012

Master Chef PPIM

Setiap hari Rabu adalah Hari Ko-Kurikulum bermula 7.20 pagi - 8.30 pagi.
Masa 1 jam dipenuhi dengan bermacam-macam aktiviti yang cikgu dah siap rancang untuk setahun.
Hari Rabu ibu dan cikgu M rancang nak buat pertandingan menyediakan sandwish.....
Dan program yang kami rancang berjalan lancar.

Ni kumpulan Naurah.
Naurah sebagai Ketua Kumpulan Siti Fatimah bergelar "Puteri Mestika"......

Cikgu-cikgu kagum tengok kecekapan Naurah buat kerja.
Cikgu A: "Amboi Naurah, nampak lembut gemalai tapi cekap buat kerja ye...macam ibu.
(tiba-tiba hidung ibu kembang kempis...eh!! ye ke macam ibu.....ngeh...ngeh...ngeh...)

Cikgu M : "Pandainya Naurah buat kerja, tak nampak kekok..mesti selalu tolong ibu.....
(yelah tuuuuuuuuuuuu.....)

Cikgu K : Alah, mestilah...tengok la ibunya tu......
(kenapa dengan ibunya??????)

Cikgu H : Pandainya Naurah buat s.wish..sedap sangat2...maklumlah ibunya pandai masak.....
(ibu pandai masak ke????? fakta yang palsu semata-mata......wakaka....)

 Terhasillah menara sandwish dari kumpulan Naurah.
Kelakar pulak ibu tengok.
Macam perli ibu je kakak Naurah nie.
Kalau buat sandwish or lempeng mesti ibu buat menara......
Ha.ha.ha....

Taraaaaaa.....Kumpulan Naurah dah siap.
Yang dalam pinggan tu dihias untuk diadili oleh GPK Ko.....

 Ni barisan hakim yang arif lagi bijak sana.
Diketuai oleh GPK-KO dan cikgu-cikgu pemimpin pengakap.
Yang kelakarnya bukan sekadar "merasa" tetapi dalam istilah "makan untuk kenyang".
Bayangkan nak habiskan 7 kumpulan yang bertanding.....
Naik semput si hakim tu......he.he.he.....

Ibu sebagai ketua pemimpin PPIM dok diam-diam je.......
Lihat dari jauh je sambil snap gambar.
Biar hakim yang bagi markah dan makan sampai kenyang.....

Keputusan pemenang masih lagi jadi rahsia dan tanda tanya?????
Tunggu 1 bulan dari sekarang.....

20 April 2012

Dinner Malam Tadi..

Seharian berkursus.
Minda jadi letih sebab pergi kursus yang sama berulang kali.
Dengan keadaan talian internet yang lembab sedangkan kursus bertumpu kepada sistem on9.
Asyik "loding" ...sampai otak ibu pun turut "loding"....

Makan tengahari pun ala kadar.
Keadaan persekitaran yang tidak selesa.
Malamnya Beby a.k.a Farah Najdah volunteer nak masak kebab.
Dan yang pasti ibu makan sampai tak hinggat.
Wahai ibu, sedarlah sikit...lemak-lemak tepu mula membiak dalam badan ibu....

Kebab yang melimpah ruah dengan daging cincang + sosej....

Memang ibu akui dalam keluarga kami Beby
mempunyai bakat memasak semulajadi.
Diusia 16 tahun Beby dah punya koleksi pelbagai resepi yang amat sedap.
Dia akan sedaya upaya memasak setiap resepi yang diperolehinya...
Setiap apa yang dia masak memang sedap ditekak kami.
Bila Beby memasak nasi goreng atau mee goreng,
mulalah ibu tengok Along, Angah, Naurah dan Farouk
menadah pinggan....
Terkadang ibu pun fail dalam memasak nie.

Kalau ikutkan Beby ni agak ganas berbanding 3F yang lain.
Tetapi dalam keganasan dia tu terselit sifat
keperempuanan  yang terserlah....
Bakat semula jadi anugerah Ilahi pada Beby.

p/s untuk Beby:
Apa kata lepas SPM Beby ambil kursus katering.....
Kita buka restauran nak?????? ngee.....

About me