Seharian berkursus.
Minda jadi letih sebab pergi kursus yang sama berulang kali.
Dengan keadaan talian internet yang lembab sedangkan kursus bertumpu kepada sistem on9.
Asyik "loding" ...sampai otak ibu pun turut "loding"....
Makan tengahari pun ala kadar.
Keadaan persekitaran yang tidak selesa.
Malamnya Beby a.k.a Farah Najdah volunteer nak masak kebab.
Dan yang pasti ibu makan sampai tak hinggat.
Wahai ibu, sedarlah sikit...lemak-lemak tepu mula membiak dalam badan ibu....
Kebab yang melimpah ruah dengan daging cincang + sosej....
Memang ibu akui dalam keluarga kami Beby
mempunyai bakat memasak semulajadi.
Diusia 16 tahun Beby dah punya koleksi pelbagai resepi yang amat sedap.
Dia akan sedaya upaya memasak setiap resepi yang diperolehinya...
Diusia 16 tahun Beby dah punya koleksi pelbagai resepi yang amat sedap.
Dia akan sedaya upaya memasak setiap resepi yang diperolehinya...
Setiap apa yang dia masak memang sedap ditekak kami.
Bila Beby memasak nasi goreng atau mee goreng,
mulalah ibu tengok Along, Angah, Naurah dan Farouk
menadah pinggan....
Terkadang ibu pun fail dalam memasak nie.
Kalau ikutkan Beby ni agak ganas berbanding 3F yang lain.
Tetapi dalam keganasan dia tu terselit sifat
keperempuanan yang terserlah....
Bakat semula jadi anugerah Ilahi pada Beby.
p/s untuk Beby:
Apa kata lepas SPM Beby ambil kursus katering.....
Kita buka restauran nak?????? ngee.....