Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 April 2012

Terima Jemputan Khas tapiiiiiiiiiiii.....

Pagi semalam sebelum bertolak ke tempat kursus 
Beby a.k.a Farah Najdah hulurkan kad jemputan Khas pada ibu.
Beby terima Anugerah Cemerlang PMR 2011 untuk kali ke 2.
Kali pertama dibuat untuk dalaman je. Klik sini.
Kali ni VVIP yang akan menyampaikan cenderahati dan wang.

Bila ibu tengok tarikh tu adalah hari Sabtu, minggu persekolahan.
Alahai, hari tu pula sekolah ibu ada latihan rumah sukan.
Ibu  belum pasti dapat hadir ke tidak.....

Bila difikirkan kesian pula pada Beby.
Ibu asyik sibuk dengan kerja hinggakan tak ada masa meraikan kejayaan anak-anak.
Sedangkan anak-anak dah menghadiahkan sesuatu yang
amat berharga pada ibu dan ayah.....hu.hu.hu....
Angah dengan senang hati volunteer nak hadir dan 
memang Angah kena hadir pun kerana bertugas.
Alahai Angah......

Masa Angah terima Anugerah Cemerlang PMR 2010 dulu,
Hari Anugerah kecemerlangan dibuat
hari Sabtu juga tetapi bukan hari persekolahan.
Majlis terlajak sampai ke senja.
Nasib baik ibu keluar awal sebelum majlis selesai.
Kalau tidak mau terlepas solat Asar......

InsyaAllah, moga ibu berkesempatan untuk merai kecemerlangan beby pulak...
Tengoklah nanti macam mana.......

19 April 2012

Kursus lagi dan lagi....

Hari ni ibu berkursus lagi dan lagi....
Bukan kat hotel macam staf jabatan lain ye tetapi sekadar di dewan je.
Kalau tak dewan sekolah, di dewan PPD.
Itulah tempat yang paling sesuai untuk seorang cikgu.
Jangan nak minta lebih-lebih ye ibu........
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH".




p/s : sejak semalam leher dan bahu ibu sakit sangat-sangat.
Nak menoleh pun dh tak boleh.
Dah macam robot gayanya...hu.hu.hu......

18 April 2012

Kalau Dengan Ibu...MAAF!!!!

Lagi n3 basi.
Cerita tentang puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah a.k.a Beby.
Dah beberapa hari merengek-rengek minta ibu bawa dia ke kedai handphone.
Malas ibu nak layan.

Beby:
Ibu, hp Beby dah rosak...
Hp tu dah 4 tahun.....
Beby dah kumpul duit.....
Beby nak beli hp murah je....
Bla..bla...bla.....
Motif : nak beli hp baru!!!!!

Ibu :
Diam membisu.....malas nak layan.

Angah:
Pun macam ibu...

Along:
-tiada di rumah-

Dan Beby mencari seseorang yang boleh membantu....
AYAH!!!!
Tidak pernah membantah kehendak anak-anak.
Tanpa berlengah 2 beranak ni merempit ke kedai handphone
tanpa pengetahuan ibu.........

 Dan dengan senyum riang Beby dapat apa yang dihajati dengan bantuan 
"superman + batman + spiderman"

Dan lenalah si Beby ni beradu dengan 2 ekor anak kesayangannya......Smurf!!!!

About me