Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 April 2012

Nasi Karot vs Kari Ayam..

Semalam semasa siri BW ke blog rakan,
ibu singgah di blog JemariSuri.
N3 JS masak nasi carrot.

Ni nasi karot versi ibu.
Entah kemana la si karot tu menyorok....aduyai.....
JS siap deko2 dan amat menarik sekali.
Ibu pulak terus snap dari rice cooker aje...ngee...
Dasar orang yang terlebih rajin ibu nie...hu.hu.hu.......


Resepi:
beras 4 pot
lobak merah 2-3 batang dihiris dadu @ nipis.
1 cawan susu fresh milk atau susu cair.
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
sedikit garam
sedikit air utk masak nasi
1 cm halia (hiris atau blend)
basuh beras seperti biasa.
Sedikit butter.

Cara-cara:
*Basuh beras dan toskan air.
*2-3 sudu besar butter dan calitkan pada beras yg dibasuh td.kalau nak sedap letak banyak2.
*Tumis  bawang besar dan bawang putih dengan mengunakan butter.
*Apabila bawang besar dan putih sudah sedikit layu, masukkan 4 sekawan iaitu buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang.
kemudian masukkan halia dan kacau sehingga pecah/terbit minyak.
*Masukkan carrot yg di hiris2 td juga dan kacau sebentar iaitu 2-3 minit.
*Akhir sekali masukkan susu dan air mengikut sukatan biasa.
*Tuangkan kesemuanya dlm rice cooker bersama beras yg di basuh.
*Jangan lupa masukkan sedikit garam.

Dan sekadar masak kari ayam.
Maklumlah pagi-pagi nak kejar masa.
Capai mana yang sempat jelah.....

p/s:
Hari Sabtu kena p sekolah lagi ke?????????

12 April 2012

Program SEGAK?

Apa la yang dibuat oleh cikgu tu dok bertenggek kat bangku??????
Anak-anak didik pun bukan main kusyuk lagi dok memerhati...


Hari Selasa sekolah ibu lancarkan Program SEGAK.
Bukan nak cari calon untuk jadi model ye 
tetapi untuk mengukur tahap kecergasan anak-anak.
SEGAK=Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan.
Setiap tahun program ni dijalankan dan hanya murid-murid
Tahap 2 je terlibat.
Tempoh diberi selama 3 bulan untuk laksanakan program ni...
Kalau sekolah menengah pelajar peralihan hingga Ting 5 yang terlibat.

Beberapa aktiiviti yang dijalankan seperti
tekan tubi, merengkuk, naik turun bangku dan melunjur.
Lepas tu ukuran berat dan tinggi juga diambil.......
Klik sini .

Ibu buat n3 ni sekadar berkongsi dengan rakan-rakan
yang ada anak yang bersekolah.
Bila anak maklumkan sudah jalankan program SEGAK sekurang-kurangnya
ibu, emak, mama, ummi dan mummy dah tahu....ngee......


Jahitan Manik Bunga Cinta Unggu

Dalam n3 yang lepas ibu ada bercerita yang ibu tersentap
dalam n3 " Sampai Hati Kamu..."
Bagi mengubat kesedihan hati ni ibu jahitkan sepasang baju baru.
Sebenarnya tak adalah ibu bersedih hati cuma adalah rasa sedikit
terkilan sebab baju tu masih baru dan merupakan baju kenangan masa ibu
pergi berkursus awal tahun.......
Walaupun kehilang baju tu, E tetap ensom di mata ibu.....

Kebetulan Hari Sabtu ibu ke sekolah kerana ada kelas tambahan.
Balik sekolah singgah kedai kain.
Ibu beli kain yang murah je..

Dengan gigihnya ibu jahit baju kurung ni.
Angah mengomen:
"Ibu ni tiap-tiap minggu jahit baju baru la...."
Ibu : Ye ke ??????? Alah Angah ni, kain ibu beli murah je.
Tak delah sampai jejak RM100 pun......
Dalam hati mengiakan juga kata-kata Angah.
Alahai ibu ni. Kalau dah datang kerajinan memang macam tu....
Angin kus-kus.....

Bila dah siap mulalah tergedik-gedik nak tambah aksesori pada baju.
Maklumlah sekarang ni ibu dah ada hobi baru.

Bekalan ibu yang berupa labuci dan manik-manik....
Anak-anak dah tahu perangai si ibu nie.
Kalau dah mula mengadap benda alah nie boleh lupa segala-galanya.
Ayah lalu depan mata pun dah tak nampak.....he.he.he.....
Tapi yang penting ibu dah settlekan segala urusan masak memasak.....

 Mencuba sedikit kelainan.
Ibu memilih labuci dan manik yang contrast dengan warna baju.
Eksperimen untuk menaikkan warna bunga-bunga cinta unggu itu.....

Ni bahagian tangan.

ini pula bahagian bawah baju.
Pada asalnya ibu cuma jahit manik pada kedua2 belah tangan baju
tapi masih ada banyak lagi labuci dan manik berbaki.
Maka hasilnya tumbuhlah bunga-bunga cinta unggu di bahagian ini......

Zom sikit...Kelopak bunga-bunga cinta unggu.....
Alahai, macam orang dilamun cinta la ibu nie...
Tak sesuaiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!

About me