Selamat bercuti semua sempena pertabalan YDP Agong.
Walaupun cuti khas tapi anak-anak ibu tetap hadir ke sekolah
kerana ada aktiviti..
Tinggallah ibu , ayah dan Farouk je di rumah......
Seminggu ni anak-anak ibu sibuk melabur di MarryBrown.
Budak-budak ni nak habiskan kupon diskaun yang mereka dapat dari MB.
Tapi yang pokainya ibu.
Memanglah ada diskaun tetapi makanan tu tetap kena bayar.
Beza adalah dari 50 sen hingga RM3....
Alahai anak-anak.
Kupon yang masih bersisa.
Hari ini Angah dan Farouk pulak nak singgah MBrown lepas balik tuisyen....
Nak beli untuk lunch katanya....
Semalam Naurah singgah untuk beli lunch di MB OTW balik dari sekolah..
Lepas hantar Naurah balik rumah ibu pergi jemput beby.
Minah ni pun sama, nak chicken porridge untuk lunch.....
So terpaksalah ibu ke MB untuk kesekian kalinya....
Kayalah tokey2 MB dan ibu yang makin kayap......
Dan untuk ibu juga....Burger ayam.
Ngap dalam kereta.....he.he.he....
Selamat menambahkan lemak-lemak dibadan wahai ibu.......

