Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 April 2012

Beby Masuk OUM??????

Tajuk gempak je tu.
Beby a.k.a baru form 4.
Takkan dah masuk U kot???????

Kisah ni adalah kisah lapok sebenarnya.
Tapi dah namanya dairy keluarga, setiap peristiwa mesti ada coretannya.

 Akhir bulan Mac lepas Beby menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris.
Masa Beby beritahu ibu, memang ibu tak ambil kisah sangat.
Maklumlah, Beby ni kalau bercerita kecoh semacam je..
naik bingit telinga ibu dibuatnya.....

Beby duduki peperiksaan anjuran YPJ-OUM 
bagi memilih beberapa orang pelajar
cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris.

Minggu lepas kecoh lagi si beby nie.
Katanya dia dapat Top 3 dalam exam tu....
Syukur Alhamdulillah Beby mendapat Top 3 / 250+ pelajar
yang menduduki ujian kelayakan itu..
Seramai 25 orang pelajar terpilih untuk mendapat sponser Kelas Bahasa Inggeris
tajaan OUM dengan tenaga pengajar dari sana.
Kelas itu diadakan 2X seminggu dan akan diadakan di sekolah.....

Hari Jumaat lepas kelas pertama telah dijalankan.
Bukan main gembira lagi Beby bila balik bercerita.
Katanya seronok sebab kelas tu dipenuhi dengan
sesi soal jawab, public speaking, berdebat dan sebagainya.
Beby ni seorang yang suka kepada cabaran......

Ibu berharap moga Beby tidak sia-siakan peluang ini..
Bukan senang nak terpilih dan yang penting tenaga pengajar adalah
dari kalangan orang-orang yang berpengalaman dan diketuai oleh 
seorang prof. dari OUM....
Kelas juga adalah tajaan mereka.....
Faham-faham jelah puteri ke 3 ibu nie.
Banyak sangat penyakit "M" dia...........

Beby dibekalkan dengan 2 buah buku untuk first series.....

9 April 2012

Dilamar TV3 Untuk Program "Makan Angin"????

Malam tadi dah agak lewat baru ibu berkesempatan buka FB.
Sejak kebelakangan ni perasaan dah agak lemau untuk mengadap lappy
sebab ibu dah kusyuk dengan hobi baru...ngee.....

Masa buka msg kat FB ibu terima pesanan ini :

 Tersentap jap ibu.
Ibu baca dan cuba search kat FB ni.
Rupanya memang ada program ni kat TV9..
Walah, ibu jarang sangat layan TV9.

Ibu pun tak sangka tulisan ibu di blog yang terpinggir
disinggahi oleh orang-orang tertentu....
Siapa sangkakan......

Pagi-pagi tadi sempat buat status kat FB ibu.
Ramai kawan-kawan dan saudara mara bagi sokongan suruh ibu join
kerana bukan selalu peluang begini datang....

Entahlah, ibu tak rasa ibu mampu join kot.
Rasanya belum bersedia untuk menjadi chef dalam program TV.
Sebabnya ibu cuma teror masak maggie dan hanya
mampu jadi chef di dapur 4fn 1mf  je.... ....ha.ha.ha.....

E-filing....Dah Beres ke Belum?????

Petang semalam BW ke blog Mamaijat .
N3 tentang e-filing.
Baru ibu ingat sekarang ni dah masuk bulan April.
Akibat kesibukkan mengejar kerja yang tak sudah sampai lupa tentang cukai.
Maklumlah setahun sekali je.....
Sejak diperkenalkan e-filing beberapa tahun lepas, 
ibu peserta pertama di sekolah ibu menggunakan secara on9 sejak tahun pertama diperkenalkan.
Tak kuasa ibu nak pergi pejabat LHDN dan beratur panjang-panjang.
Semuanya dihujung jari.
Sebelum ni pun ibu tak pernah jejak pun ke sana kerana Ayah yang akan uruskan semuanya.....ngee...
Anda bagaimana?????

link klik sini .

About me