Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 April 2012

Sampai Hati Kamu....

Disebalik tajuk tu ada kisah sebenarnya.
Kisah yang tragis..
Tragis la sangat........

Kisah berlaku pada hari Jumaat.
Biasalah di dalam kelas,
ada murid yang patuh bila diberi tugasan
dan ada yang terlebih main dari membuat tugasan yang cikgu suruh.
Seperti biasa, selesai mengajar di dalam kelas,
waktu 15 minit terakhir diisi dengan tugasan dan latihan di dalam kelas.
Bila ibu bagi arahan tanpa berlengah anak-anak
didik akan keluarkan buku dan bersiap sedia.

Dalam ramai-ramai anak-anak didik ibu, 
si E dengan selambernya masih mengusik kawan.
Dicuit pipi  kawannya F,
diambil buku F,
digeletek pinggang F,
dah puas mengusik F, E mengalih ke A pula.
Bila kawan-kawan tak layan usikkan E ,
dengan poyonya E sekadar duduk termenung menongkat dagu.
Gayanya macam orang baru kehilangan isteri..........


Yang paling ibu geram si E ni adalah ketua kelas.
Berwajah hendsom, berwatak macam budak baik dan control mancho.
Tetapi disebalik tu terselit kenakalan di dalam senyap.
Dah lama ibu perhatikan sikap acuh tak acuh  E nie.

Entah macam mana hari tu ibu betul-betul geram lihatkan sikap E membuli F.
Tanpa berlengah ibu mencapai pembaris dan meluru ke arah E.
Tujuan nak buat E terperanjat dan tersentap sebab masa tu E sedang berangan.....
Tiba-tiba tanpa di duga kain ibu tersangkut kat paku dan ...prapppppppppp...
Alamak, kain ibu koyak!!!!!!
Nasib baik dah waktu akhir.
Kalau waktu awal tentunya segan nak masuk kelas dengan kain yang koyak tu.

Dengan selamba seolah-olah tidak ada perasaan, 
tanpa rasa bersalah ,
dan dengan muka poyo E berkata:
Kain cikgu koyak ek??????
Aduhai anak didik ibu nie.....
Terus ibu melupakan hasrat untuk buat E tersentap bila ibu pula yang
tersentap bila kain ibu  terkoyak.....hu.hu.hu....
Sabar jelah......

Kain yang jadi mangsa paku.....Baru sempat pakai 2 kali....hu.hu.hu....

7 April 2012

Kawan Yang Peramah -MAC 2012

Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa mewarnai kehidupan ibu.
Andalah rakan-rakan yang paling hebat.

Tidak jemu-jemu bertandan dan membaca dairy kami.
Syukur kerana kita dipertemuakan di alam maya dan kalianlah rakan yang paling best.

Bagi rakan-rakan yang tidak tersenarai,
kalian juga adalah kawan yang terbaik.
Terima kasih semua.......


6 April 2012

Along Tinggalkan Farouk.....

Malam tadi  Along pulang lagi ke kg.
Katanya tak puas bermanja dengan atuk mama dan tok ayah di Kelantan.
Baru 2 minggu balik sini dah pulang semula ke kampung.....

miss along so much.....

Sebelum berlepas pulang macam-macam along pesan pada Farouk.
Jangan lupa buat homework.
Jangan lupa buat latihan.
Jangan malas mengaji.
Jangan tinggal solat
Dengar cakap ibu....bla..bla..bla.....
Macam mak nenek pula ibu tengok Along.
Maklumlah sejak Along bercuti panjang,
tugas mengurus Farouk semua ditangan Along......

Dan dengan slamber Farouk menyawab:
YAAAAAAAAAAAAAAA.........

Aduhai, bak patah sebelah tangan ibu dengan ketiadaan Along.....
Terpaksa la kembali ke rutin asal.......

Sebelum balik sempat pekena yong tau foo kat Hentian Bentayan Muar.
 Ibu nampak Farouk macam dah tak bermaya.....
Makan pun tak berselera.
Biasanya Farouk peminat yong tau foo.....

Kak Naurah berselera pula makan malam tadi.....

 Balik sekolah tadi ibu agak lewat kerana
menyiapkan beberapa tugasan.
Dalam kereta ibu tengok dada farouk berombak kencang.
Tengok makanan yang ibu bekalkan pun tak luak.
Rupanya Farouk kena asthma attack.
Lama dah Farouk bebas dari serangan asthma ni...
Balik rumah terus dia lepak dan tidur.
Jawabnya petang ni dia terpaksa cuti ke sekolah agama....
Moga Farouk cepat sembuh........

About me