Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 April 2012

Akibat Keletihan + Kepenatan.

Pagi semalam rasa berat je kepala.
Lama dah ibu tidak diserang migrin.
3 hari lepas pun ibu dah rasa rongga mata dan kepala berdenyut-denyut.
Kawan-kawan pun dah tegur mata ibu nampak merah dan tidak bermaya.

Akibat kesibukan yang teramat, ibu abaikan semua itu.
Sibuk memunggah hadiah, siapkan apa yang patut.
Ibu memang jarang demam dan sakit.
Syukur dengan kurniaan Ilahi.
Tapi bila sesekali terkena memang teruk juga......

Dan weekend berlalu begitu saja.
Kesian anak-anak ibu.
Dah la ayah asyik sibuk, begitu juga ibu.
So, ibu minta tolong Along bawa adik-adik outing.
Along , Angah dan Naurah ke Muar.
Beby pula awal-awal pagi dah pergi lawatan ke Johor Bharu....
Ayah pula ke MSSJ di Matrikulasi Cawangan Johor....
Tinggal ibu bersama Farouk di rumah....

Petang baru 3F muncul.
Ini yang 3 Farah belikan untuk ibu.
Nasi Ayam blackpeper Rasa Mas.
Akibat tak sihat, terus hilang selera nak makan.
Ibu sekadar menjamah sedikit dan selebihnya ibu suapkan ke mulut anak-anak....
Moga esok ibu mampu ke sekolah seperti biasa.........

31 Mac 2012

Selesai sudah.....

Selesai sudah 1 lagi program wajib di sekolah.
Majlis berlangsung dengan lancar berkat kerjasama semua.
Penat tak boleh nak cerita.
Sampai rumah dah Maghrib....

Sebelum majlis bermula 3 mak dara berangan duduk kat kerusi empuk YAB....
Manalah tau kot-kot ayah jadi YAB nanti..
Ha.ha.ha....perasan tak sudah!!!!!!
Abaikan muka orang kepenatan.....

2 persembahan dari anak-anak didik.
Alhamdulillah, walaupun dilatih cuma 3 hari, 
anak-anak ini mampu merealisasi impian cikgu-cikgunya....

Ibu sibuk dan Naurah pun sibuk...
Naurah dan rakan-rakan jadi gadis pengagih cenderahati.....

Sebahagian warga SKPK yang bertungkus lumus menjayakan majlis......
Kain yang kami pakai tu adalah batik Sarawak yang ibu order dari Ummiross.
Cikgu-cikgu lelaki membuat baju kemeja.
Sayangnya di atas permintaan JKKK Kg mereka terpaksa
memakai baju Melayu.
Baju batik mereka kena KIV dahulu....

VVIP
Menteri Besar Johor YAB Datuk Haji Abdul Ghani B Osman.
Dihujung sebelah kanan tu YB M.Asojen, Ahli Exco Kerajaan Negeri Johor....


Dan akhirnya, Naurah tertidur semasa MB berucap....he.he.he.....

Tugas rutin ibu setiap kali ada majlis adalah bahagian hadiah.
Sebab tu kalau masuk paper, ada je muka minah tu menempel.....he.he.he....
Ibu:"Terima Kasih ye Datuk kerana sudi bertandan"
Datuk MB :" Sama-sama, bolehlah saya bawa bekal buah ni ke KL nanti..."

Jamuan sebelum MB berangkat pulang......

Penari-penari cilik bergambar kenang-kenangan dengan YAB Menteri Besar....

 Sesi bersalam-salaman dengan Menteri Besar....

Bersalam pula dengan YB M.Asojen.

Tak dapat makan beradap dengan MB pun tak kisahlah, 
janji duduk di kerusi bekas MB...ha.ha.ha...
Jamuannya memang 1st kelaslah.
Udang galah saiz XXL, sup tulang gear-box, 
ayam hutan masak berempah, ikan baung masak asam dan macam-macam lagi.
Kerana keenakan itu sampai ibu lupa nak snap gambar....he.he.he...
Pagi ni kepala dah mula rasa berat semacam...hu.hu.hu....

29 Mac 2012

Sehari Lagi...

Tinggal sehari lagi Mesyuarat Agung PIBG berlangsung.
Kesibukkan makin terasa.

 Bertukus lumus pagi petang menyiapkan apa yang patut dalam masa 3 hari.....

Cikgu-cikgu sempat melatih 2 persembahan dalam masa 3 hari......
Bayangkan melayan kerenah si kecil yang pelbagai ragam dan kerenah.....

 Dewan masih dalam proses deko-deko.....

 Guru Penolong Kanan 1 yang teramat sporting.....

Tugasan utama ibu selain sibuk snap gambar sana sini.
Menyediakan cenderahati, hadiah dan cabutan bertuah  
adalah tugas rutin ibu sejak dulu, kini dan mungkin selamanya.

About me