5F yang sentiasa bersama.
Alhamdulillah anak-anak ibu telah selamat jalani Ujian 1.
Akibat kesibukkan melampau ibu tak sempat nak update keputusan Ujian 1.
Bukan niat untuk membangga diri atau menunjuk-nunjuk
tetapi sekadar catatan dairy kami sekeluarga.
Dairi ini akan jadi rujukkan generasi ibu pada masa akan datang.
Along a.k.a Farah Nabilah
Sorry ye Along sebab ibu tak sempat nak updatetentang result Along walaupun 1 minggu SPM diumumkan.
Syukur Alhamdulillah result SPM Along membanggakan kami.
Namun di atas permintaan tuan badan ibu terpaksa akur
supaya tidak mengumumkan berapa "A" yang Along perolehi.
Kata Along, biarlah result itu menjadi kenangan indah buat dirinya dan keluarga sahaja.
Namun result SPM Along dalam kategori cemerlang.
Walaupun Along tidak mampu menandingi pakcik kesayangannya
Ayah Yu yang meraih 10A1 2A2=12A (straight A).
Namun ibu tetap bangga dengan Along.
Doakan semoga Along terus berjaya melangkah ke tangga seterusnya.....
InsyaAllah....
Angah a.k.a Farah Nadiah.
Setakat paper yang diperolehi, Angah mendapat 5A dan 2B.
Masih menunggu 2 kertas yang belum dapat.
Syukur Alhamdulillah.....Masih kekal TOP 10
dalam keseluruhan Tingkatan 5
Beby a.k.a Farah Najdah
Ada sedikitttttttttt perubahan sikap Beby setelah melangkah ke tingkatan 4.
Moga Beby terus berubah menjadi anak yang tekun belajar.....
5 kertas yang diperoleh beby memperolehi 3A iaitu
Bahasa Inggeris (96%-A+), Agama (96%-A+) dan Sejarah (82%-A), Chemistry B.
Cuma ibu amat-amat tidak puas hati dengan kertas BM.
Ada ke patut dapat C....Aduyai.
Beby ni terlebih slang English dari Melayunya.....
Memang ibu akui,Beby amat fasih dalam BI.
Kakak a.k.a Farah Naurah
Alhamdulillah Naurah memperoleh A dalam semua subjek (5A).
Cuma kedudukan dalam kelas dari nombor 1 semasa
peperiksaan akhir tahun jatuh di tangga ke 2.
Semoga Naurah terus tekun berusaha..
InsyaAllah.
Muhammad Farouk
Bujang ibu seorang ni amat membakar hati ibu.
Setakat ini result Farouk membuat ibu hangin 1 badan.
Sepatutnya murid-murid di Tahap 1 perlu mantain
"A" dalam semua subjek tetapi Farouk mengagihkan
markah-markah itu dalam pelbagai kategori.
Ada A, B malah C...
Tak tahulah macam mana nak buat dengan Farouk nie.
Terlalu cuai semasa menjawab soalan peperiksaan.
Banyak soalan dibiarkan kosong tanpa jawapan.
Bukan dia tak tahu jawab tetapi "perasan" dia cepat siap.
Memang asyik nak kena cepuk je budak sorang nie......
Ingatlah wahai anak-anak ibu,
TIADA harta yang berharga selain dari ILMU.
Hanya itu yang mampu membantu hidup kalian nanti......