Terlebih dahulu ibu mohon maaf kiranya sehari dua ni ibu agak sepi
dan membuatkan rakan-rakan merindui ibu.......
Eh!!!!Ada ke orang rindukan ibu....he.he.he...perasan sesorang.....
Mungkin orang dah bosan dengan perkataan "SIBUK" yang sering ibu luahkan.
Hari ini ibu guna perkataan "masa sentiasa mencemburui ibu".
Ibu sebenarnya suka dengan kesibukkan kerana dapat
membawa ibu jauh dari memikirkan tentang permasalahan..
Tetapi terkadang keadaan ini meletihkan minda ibu...
Cuma ibu bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik.
Alhamdulillah.
Untuk kesekian kalinya ibu sibuk sebab perkara di atas.
Kedaan berlaku terlalu drastik.
Awalnya kami jemput VIP lain tetapi VVIP yang menawarkan diri untuk merasmikan.
Berita tentang ini pun pihak sekolah baru tahu semalam.
Apa nak buatkan.
Kami terpaksa akur .
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"....
Banyak perkara yang perlu di'settle'kan dalam masa 3 hari.
Persiapan tempat,
Persembahan,
Protokol,
Jamuan,
Hadiah=cabutan bertuah, cenderahati Jemputan Kehormat,VIP,VVIP....
Keceriaan dan macam-macam......
Kalau 3 minggu bolehlah kami berfikir dan berbincang.....
Ini 3 hari..Serba dipegang rasa tak kena....
Doakan yang terbaik untuk ibu dan rakan-rakan....
Aduyai...fening...fening....