Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Mac 2012

Gadis Rebutan.

Gadis rebutan la sangat.
Kisahnya Naurah telah jadi isu pergaduhan ala-ala manja 
cikgu-cikgu subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Kajian Tempatan.
Dan terkini cikgu Bahasa Melayu.
Sebab.................

Minggu lepas cikgu-cikgu sibuk mencari calon-calon peserta mewakili sekolah
ke Karnival Ko-Akademik Peringkat Zon.
Maklumlah Karnival tu dijalankan serentak untuk semua subjek.

Bila cikgu-cikgu terima surat pertandingan masing-masing dah 
terbayang calon-calon yang akan dihantar untuk mewakili sekolah.
Yang kelakarnya cikgu-cikgu subjek masing-masing dah memilih si Kakak Naurah
sebagai calon feveret.....

Bila berkumpul mulalah terjadi perang mulut + gaduh-gaduh manja.
Begitulah kami, ada saja yang hendak digaduhkan.
Sampai ada yng merajuk dan buat akta ugutan nk tarik diri.
Kelakar je tengok muka orang lelaki merajuk...he.he.he....
Itulah yang menambahkan kemesraan dan keakraban kami.....
Masing-masing tak nak mengalah......
Ibu tidak campur tangan dalam urusan mereka dan 
bertindak jadi pemerhati..
Sesekali je ibu mencelah:
"Hello...hello......korang nak buat apa dengan anak dara akak tu..???

Si minah  peminat "cool blog + pearl " ni tak tahu apa-apa.
Cuma dia macam terkeliru:
"Ibu, hari tu cikgu M kata kakak masuk Math..
lepas tu Teacher W kata kakak masuk essay writing....???
Cikgu A pula nak masukkan kakak dalam mengarang..
Tapi cikgu Is kata kakak masuk KT......
Bukan ke pertandingan tu serentak????????

Alahai, kesian pulak bila ibu dengar luahan yang dia berminat dalam Maths dan BI.
Ibu pun tak berani nak kata apa-apa.

Dan akhirnya yang pasti cikgu lelaki juga yang menang.
Nak tak nak cikgu Matematik, Teacher W dan Cikgu M 
mengalah + redha dalam terpaksa.
Akhirnya Naurah mewakili Kajian Tempatan dengan alasan kukuh cikgu Is:
"Alah, susahlah nak pilih budak lain.
Saya dah cop Naurah sejak tahun lepas lagi tau.... 
Kalau Naurah bagi apa pun dia buat. 
Naurah tu rajin membaca dan pengetahuan am nya pun luas..."..
Subjek lain kan boleh dilatih..calon lainkan ada lagi......

Apa-apa jelah, yang penting ada calon untuk dihantar......

Masa godek2 blog sekolah terjumpa gambar Naurah semasa bergelar Johan Zon/Daerah 
dalam Smarts Maths Year 3.
Dia dan pasangannya bergelar Juara 2 tahun berturut-turut.....

Esok kami berkampung di Serom sempena Karnival Ko-Akademik.
Ibu juga bertugas sebagai Ketua Hakim Mewarna Pra Sekolah.....

Good Luck kakak Naurah dan rakan-rakan....

p/s:
Hari ini pun masih tak sempat nak BW seperti biasa....hu.hu.hu...

22 Mac 2012

Emm...Sibuk Sokmo.

Hari ini memang tak ada peluang langsung untuk menjenguk FB dan blog.
Kalau ikutkan memang sibuk sokmo.
Mood pun melayang ke laut.

 Hari ini ibu cuba menyiapkan serba sedikit fail KSSR.
Ye ke sikit???????
Cuba perhatikan kertas dalam fail tu.
Kertas sebanyak tu perlu diisi setiap kali jalankan P&P.
Pentafsiran individu.
Dalam 1 kelas ada 40+++ murid dan setiap orang perlu ditafsirkan......
Bayangkan jika setiap kali mengajar + sehari +seminggu + sebulan + setahun.
Kertas-kertas tu nanti kena angkut dengan lori.......

Yang ada anak-anak Tahun 1 dan 2 dah sedia maklum tentang KSSR.
KSSR-Kerja Sarat Sampai Rebah.
Bila dengar iklan kat radio rasa nak je lempang2 muka si juru cakap tu.
"KSSR menyenangkan kerja-kerja guru, ibu bapa dan murid-murid.....
(lebih kurang macam tulah bunyinya iklan tu.).....
Senang la sangat..Cakap memang senang.....
Yang cikgu-cikgu ni rasa macam nak pitam.
Tak gitu mamaijat, kak Salmi, Mulut Payau dan rakan sealiran ibu??????
Hish membebel lak ibu.........
Saya Yang menurut Perintah = Redha + Pasrah.

Dan hari Sabtu ni ada Karnival Ko-Akademik pulak.
Hari ini ibu terima surat perlantikan....

Disamping itu terpaksa  mencuri masa melatih peserta Matematik
yang mewakili sekolah ke karnival nanti.......

Mood=penat + lesu...
Tak sempat nak BW.....hu.hu.hu....

21 Mac 2012

Program Anti Dadah 2012

Program Anti Dadah peringkat sekolah ibu dijalankan sebelum cuti sekolah lagi.
Baru hari ni ibu terheggeh-heggeh buat n3.

Naurah semasa pertandingan mengarang esei.

Tekun mengarang.....

dan hasilnya Kakak Naurah menang dalam pertandingan.
Hadiah disampaikan pada hari Isnin........

Farouk masuk pertandingan mewarna poster....

Ada ke orang mewarna duduk macam tu farouk....
Siap tongkat dagu dengan lutut....
Alahai.....acuh tak acuh je Farouk warna......

Hasil kerja Farouk yang belum siap masa ibu sedang meronda-ronda
dan snap gambar...... 
Farouk tak menang pun sebab tak siap mewarna......
Lagi pun budak-budak perempuan mewarna lebih cantik dan teliti....

About me