![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_uzwYosaQWBk2hlRiLvbPCgqwEvGL7HR9_zBt4mx3qzhiEGmm-f5Ac-KNWN32thqwVKk-2YG7Y31BvLV1khZCJu30fqP1qH4zYmmwxElZR3wJNRYzKAGRwhDsuLQoAFDA=s0-d)
Hari ini ibu ke sekolah macam biasa.
Kelas tambahan terakhir sempena cuti sekolah.
Balik dari sekolah singgah ke pasar lambak.
Terpandang batang keladi yang dah siap dipotong2.
Tiba-tiba rindu Abah...hu.hu.hu.....
Balik rumah terus masak sayur keladi.
Ibu masak lemak keladi versi Kelantan..
Kerinduan pada abah makin membuak2...
Ibu dan Abah peminat sayur keladi.
Kalau kami makan bersama memang tak hinggat.
Sanggup berlumba-lumba makan sambil ketawa tak sudah-sudah....
Terkadang mama jeles tengokkan 2 beranak nie.....
Abah di usia 68 tahun.
Rindu abah sangat-sangat..
Sejak kecil ibu rapat dengan abah berbanding mama.
Sehingga darjah 3 Abah masih tidurkan ibu....ngee...
Kami banyak persamaan...kami berkongsi makanan kegemaran dan hobi.
Kami memang serasi bersama....
Anak abah katakan!!!!
Hingga sekarang, ibu tempat abah meluahkan perasaan......
Tengok keladi , ingat abah...entah apa2 ibu nie.......
Seawal pagi ibu dah masak ikan 3 rasa untuk anak-anak.
Semasa singgah pasar lambak macam biasa ibu beli 5 biji kebab untuk 5F.
Ibu lupa yang sekarang ni kat rumah cuma tinggal 4F....
Hu.hu.hu....rindu untuk kesekian kalinya pada Along pula......
p/s:
Mohon doa dari rakan-rakan.
Pagi tadi cousin ibu Suriah Che Hussin (K.Yah)
sedang tenat di ICU HRPZ Kota Bharu akibat terkena
air kencing tikus...
Dari kejauhan ibu doakan agar k.yah dilindungi Allah
dan semoga segera sembuh......kesian anak2nya yang masih kecil......
Mood=SEDIH!!!!!!!