Percubaan pertama kami meredah sempadan Johor menuju
ke Bandar Bersejarah Melaka tanpa ayah.
Yang pasti kami berjaya walaupun semasa balik kami tersesat beberapa kali.
Redah jelah........hu.hu.hu.....
"Driver" baru kami, Along yang begitu bersemangat mencuba memandu ke Melaka.
Percubaan pertama yang berjaya.
Lain kali kalau ayah tak ada, kami dah mampu pergi sendiri......he.he.he...
Puteri ke 4 a.k.a Farah Naurah yang suka melawa ......
Sempat bersolek dalam kereta.
Sampai ke Melaka keadaan jalan raya teramat sesak dari biasa.
Puas pusing berkali-kali untuk dapatkan parking tetapi tidak berjaya.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk parking di bawah bangunan Dataran Pahlawan.
Rupanya ada konsert Siri Jelajah Berita Harian.
Ramai artis yang buat persembahan antaranya
Ziana Zain, Pak Nil, BunkFace, Didie Alias, Diana Danielle
dan ramai lagi.
Sempat juga la kami jengah-jengah kejap.
Ibu pun malas nak snap......
Dah bosan dok depan pentas, kami lepak-lepak kat tepi kolam ini.
Lagi aman tengok ikan-ikan yang gemuk2 ni berenang........
Along dan Angah punya misi rupanya.
Shopping sampai lebam.
Kalah si ibu...........
Singgah sekejap di Tugu A-Farmosa yang berhampiran shopping kompleks.
Posing2 dan layan si Farouk nie.
Nampak gaya ada ikut jejak Ayah dan Tok Ayah ni.
Pengkaji sejarah.....he.he.he....
Cak!!!!!main sorok-sorok disebalik tembok yang mengukir 1000 kisah.
Ramai sangat orang.
Maklumlah cuti sekolah bermula.
Semua muzium dah tutup masa kami sampai di sini.
Maklumlah hari dah petang......Selamat fulus ibu....he...
Ni di bahagian hadapan Istana Kesultanan Melaka....
Posing jelah ye kakak......
Bahan sejarah yang dipamirkan.....
Alahai farouk, sempat baring-baring pulak dia...
Dia dah penat tu sebenarnya......
Posing depan muzium @ Memorial Pengistiharaan Kemerdekaan.
Gambar-gambar disekitar Tugu A-Farmosa....
Lepas solat Maghrib kami pergi pekena roasted chicken rice.
Nampak macam sedap dan ayamnya pun besar.
Tapi rasanya biasa2 aja..
Hanya Along dan Naurah je makan sampai licin.
Hasil pancingan ibu dan along.
Along dan angah juga ada beli t-shirt kat Butik Padini.
Lupa nak snap......Alahai anak2 sekarang,
beli kasut , selipar dan t-shirt pun dekat butik.
Kalau ibu ni beli selipar dan t-shirt kat pasar malam je...hu.hu.hu......
Sampai rumah dah tengah malam..............
Pagi ni mood penat.
Nasib baik hari ni tak de kelas tambahan....