Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Mac 2012

Kerinduan Melanda.

Tinggal sehari lagi bermula cuti persekolahan.
Tiba-tiba ibu rasa sedih dan sayu.
Cuti yang tidak memberi apa-apa makna buat ibu ,
malah menambahkan rasa rindu ibu pada insan2 tercinta.

Apakan daya, biarpun bercuti ibu tetap bekerja.
Anak-anak perlu hadiri tuisyen di sekolah.
Ayah akan terbang jauh ke Negeri China.

Bicara buat mama:
Mama, Kakak terlalu rindukan mama.
Kakak mohon maaf kerana tidak mampu berada disisi mama di saat ini.
Sepatutnya masa cuti adalah saat kakak berada di sisi mama.
Kakak tahu kakak terlalu mementingkan diri.
Kakak tahu mama mungkin terkilan.
Kakak tahu mama mengharapkan kepulangan kakak.
Maafkan kakak.....
Mama sentiasa di dalam doa-doa kakak.....

Bicara buat Auni:
Ibu juga merindui Wan Sara Auni.
Insan yang amat-amat ibu sayangi.
Ibu terlalu merinduimu sayang.
Maafkan ibu kerana tidak mampu menjengukmu.
Ibu tahu Auni masih tidak sihat.
Dari kejauhan ibu sentiasa mendoakan Auni.

p/s:
Mood sedih!!!!!!

Bila Mau Kurus??????

Pukul 11.30 malam tiba-tiba teringin nak makan jajan.
Sambil menyiapkan kerja-kerja memproses buku sedap juga kalau mengunyah.
Suruh Along  dan Naurah ke 7 Eleven.
Camne nak kurus kalau macam ni.

7 Mac 2012

Sejukkan Tekak dengan Cool-Blog..

Minggu yang teramat sibuk.
Sibuk sokmo ibu nie......

Jom sejukkan tekak dan otak dengan  menara cool-blog.
Kat rumah ibu, semua akan jadi menara.
Tak kira makanan ke minuman.
Maklumlah rakyat jelata ramai dan selera ibu dan anak sama
kecuali si ayah yang agak ke kampungan walaupun sentiasa terbang sana sini...

Sorry ye ayah, untuk ada tak de.
So ayah kena share dengan kami je..........
Untuk farouk, Along beli happy-blog je.
Nasiblah sebab dia yang paling kecil.
Tapi yang tak tahan 5F ni boleh dikatakan setiap hari mendambakan
cool-blog.
Haya, kalau macam ni, tokeh balak pun boleh muflis.
Nanti kita buka kedai cool-blog sendiri ye 5F...


About me