Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mac 2012

Akibat Digoda.

Petang semalam outing dengan 4F.
Sekadar singgah kedai motor.
Datanglah tokey kedai yang ensom.
Dengan mulut manis penuh gula.
Goda-goda ibu dengan kata-kata penuh bunga-bunga cinta...
Oppsss!!!!!!! bunga2 bodek.
Dan si ibu yang pantang di goda terus tewas.
Tanpa sedar terus bersetuju ditambah dengan hasutan 3 F.

3F yang penuh dengan akta hasutan.
Bagai dipukau ibu terus bersetuju.
Duit bertukar tangan........dan esok menghabiskan baki...

Malamnya sebelum mata terlelap ibu maklumkan pada Ayah.
"Bang petang tadi Y pergi beli moto...."
Ayah membisu....blur agaknya..
Mungkin ayah ingat ibu bergurau .
atau mungkin ayah ingatkan ibu beli moto mainan...
atau mungkin ayah tersentap...
atau mungkin ayah dah terlelap....
Apa2 jelah......malas ibu nak layan....

Petang tadi motor yang dibooking telah tiba.
Itulah ibu, buat sesuatu mengikut gerak hati.
Tanpa ada perancangan.
Melayang impian ibu untuk tambah koleksi gelang emas yang jadi idaman.
Demi kerana anak-anak terchenta!!!!!!

 Dan si anak yang baru dapat lesen P tersenyum riang.
Impian tercapai sekelip mata.
Dan si ibu memandang penuh blur.
habis melayang segala impian.......

Pesanan untuk angah JNL =Jangan Naik Laju!!!!!!
Luahan hati ibu JNL=Jiwa Nan Lara...hu.hu.hu.........

p/s:
Lepas ni pergi sekolah sendiri ye angah n beby.
Bawa motor hati2..
Ibu sendiri tak pandai bawa motor......hu.hu.hu...
Kurang sikit la beban kerja ibu dan along........

6 Mac 2012

Main Kejar-kejar.

Pagi-pagi hening ibu dah berkejar ke bilik-bilik khas.
Jengah PSS, berkejar ke Bilik Akses dan turun ke Makmal Komputer.
Kemas apa yang patut.
Masuk kelas, jadi tunggul sebab minggu ini minggu peperiksaan.

Kali ini sekolah ibu terpilih untuk jadi projek 
perintis package 1 Bestari Net
yang berkelajuan 14Mbps.
Projek ini akan berkembang ke seluruh negara akhir tahun ni
secara berperingkat-peringkat.
Pemasangan talian berkelajuan tinggi telah selesai semalam
dan hari ini Pegawai Teknologi Pendidikan datang untuk
memantau pemasangan talian.....
Sebab tulah pagi-pagi ibu dah macam lipas kudung....
Main kejar-kejar......

Syukurlah  berkat memegang gelaran PSS Cemerlang 5 thn berturut-turut
sekolah ibu jadi keutamaan dan perintis setiap perisian baru.....

 Selesai aktiviti berkejar-kejaran, 
ibu berehat seketika dengan mengadap fail-fail pulak.
Sejak KSSR diperkenalkan, inilah tugasan tambahan cikgu-cikgu yang terlibat.
Perlu bersekang mata menyiapkan fail individu murid-murid.....
Belum lagi perlu mengadap pc untuk memasukkan data-data
individu murid mengikut "band" secara "on 9".
Best sangat-sangat rasa...Kalau boleh rasa tak nak balik rumah.
Kalau ada bilik kosong kat sekolah rasa nak je terus tinggal kat sekolah.
Huwaa....ha.ha....Sila abaikan otak tepu ibu yang dah
tak berapa betul tu.......

Timbunan fail untuk 1 subjek.
Bayangkan kalau mengajar 3 subjek????????
Sabar jelah......
Hish!! ibu nie, tak baik merungut tau......

Balik sekolah berkejar pula ke PKG.
Ada Bengkel IQ-PSS, bukan bengkel membaiki kereta ye kawan-kawan.
Setiap awal tahun inilah tugasan GPM (Guru Perpustakaan dan Media)
Perlu menjawab lebih kurang 100 soalan secara "on 9".
Mau otak tak tepu.
Alhamdulillah, ibu masih mampu mengekalkan prestasi 5 Bintang 4 tahun berturut-turut.
Dan semasa bengkel dijalankan, perisian ibu dijadikan bahan contoh.
Pukul 5.20 petang baru tiba di rumah......
Masih mampu mengadap lappy.
Rindu blog....rindu FB.....rindu kawan2 maya.
Inilah tempat ibu release tension.......

Malamnya masih banyak tugasan sekolah menanti.
Timbunan buku-buku PSS yang dibeli di City Star book Centre perlu diproses.
Ibu tak kisah kerana ibu tahu semua ibu tugas ibu.
Tapi yang ibu rasa terkilan bila tugasan orang lain, ibu juga perlu lakukan.
Kalau sekali ibu tak kisah tetapi kalau setiap kali ibu mula berkisah....
Sabarlah wahai hati!!!!!!!!

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau An-Nur.

Malam Isnin ibu sekeluarga ke Majlis Maulidur Rasul di Surau An-Nur.
Majlis bermula selepas Isyak dan tamat lebih kurang 11.30 malam.
Walaupun tamat agak lewat tetapi tetamu yang hadir termasuk kanak-kanak
tidak berganjak dari tempat duduk.
Ceramah Ustz Z ni amat menarik dan menyentuh isu semasa
terutama dalam isu melayari alam rumah tangga.
Banyak imput yang kami terima.
memang tak kering gusi dengan lawak bersahaja beliau.

Penceramah Ustaz Z dan Ayah macam biasa menjadi Pengacara Majlis..
Dah tetap dan berpencen kot.....

Paginya ibu terlewat bangun.
Kelam kabut dibuatnya.
Dahlah lewat,, berlaku pulak  beberapa insident mencabar ibu.
Masa nak capai bekas bawang yang telah siap di blender ayah
tiba-tiba habis tertumpah dan tersimbah ke lantai dan peti ais.
Bayangkan.
Nak tak nak terpaksa la ibu lap.
Kemudian tersepak pula baldi.
Habis kain baju berterabur.

Kat sk pula macam-macam hal yang menyesakkan kepala.
Kerja orang asyik kita kena settle.
PA sk ibu ni jenis kepala hangin.
Terkadang kita boleh bersabar dengan kerenahnya tetapi
kalau asyik menyusahkan orang tak ke mampu kita bersabar.
makan gaji buta ke apa..
Opppsss!!!! teremo lak ibu....hu.hu.hu...

Balik rumah si "maid"(along)  tertidur.
Baju tak berjemur, nasi tak dimasak.
Aduhai...malang sungguh!!!!!tensi..tensi......

About me