Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Mac 2012

Serbu Book Centre

Aktiviti rutin awal tahun.
Serbu kedai buku untuk memborong buku-buku PSS.
Kalau nak senang kerja  ibu sebenarnya tak perlu bersusah payah ke kedai buku.
Cukuplah menanti kehadiran pembekal di sekolah.
Tetapi  ibu tidak sanggup untuk mengambil saja buku-buku yang dibawa.

Dengan harga 60% lebih mahal dari kedai buku.
Terkadang 3X ganda dari harga sebenar.
Bayangkan 1 buah buku dikedai berharga RM5.00 tetapi
pihak sekolah perlu membayar RM13.50 sebuah.
Tidakkah itu membazir......
Ibu tak salahkan pembekal kerana mereka cuma dapat komisyen je.

Terkadang buku tidak menepati citarasa murid.
Bila difikirkan, kita membazir ribuan ringgit tetapi tidak mampu menarik
minat murid mmembaca.
Biarlah ibu berkorban sedikit masa, tenaga dan wang ringgit....
Asalkan ianya berbaloi dan dapat mengembirakan orang lain.....

 Naurahlah pembantu setia memilih buku-buku untuk PSS kerana dia lebih tahu citarasa rakan sebaya.
Hasil tangkapan Naurah dapat dalam 2 bakul penuh.
Semua sekali dalam RM 1,555.

 Farouk bukan tolong pilih buku tetapi dia pula leka membaca buku-buku di situ.
Dah macam rumah sendiri lak dibuatnya....

 "Driver" ibu, Along. Hari tu kami pergi berempat je.
Yang lain ada urusan tersendiri....

Anak-anak ibu kalau dah bawa ke sini memang tak hinggat nak balik...Leka sungguh...

Tiba-tiba menyepi.
Rupanya Farouk sedang leka disebalik timbunan buku-buku......

 Singgah shopping baju.
Dah lama tak beli baju anak-anak.


 Dapat upah aiskrim.
Niat hati nak singgah KR kat Giant.
Rupanya dah tak beroperasi....

 "Driver" yang setia tetapi agak ganas memandu....

 Buku yang sempat along beli.
Peminat setia penulis Sherlock Holmes along nie.
Semua tu dalam RM160.
Along beli dari hasil titik peluh dia menjual ais krim.....
Terharu pulak ibu..
Tapi itu salah satu proses pembelajaran untuk along jugak.....

Hari itu juga ibu kena saman.
Kesilapan mengores kupon parking.
Kesilapannya goresan  masa tu terkeluar sedikit dari garisan.
Adakah itu satu kesalahan??????????
Terus ibu ke Majlis bandaran untuk tunjukkan bukti.
Mereka akuai kesilapan pihak mereka tetapi saman tidak boleh ditarik balik
kecuali ibu perlu berurusan dengan pihak atasan.
Menurut mereka akan mmemakan masa.
Malas ibu nak layan.
Bayar jelah setelah berbincang mereka cuma kenakan RM10 je.
Tetapi ibu geram juga kerana menyusahkan orang ramai.
Beginikah caranya mereka nak mengumpul dana??????

3 Mac 2012

Program 2 in 1

Hari Sabtu persekolah berjalan seperti biasa.
Hari ni sekolah ibu adakan Kejohanan Merentas Desa 2012 
setelah 2 kali latihan diadakan.

Peserta-peserta merentas desa .
Mereka berlari sejauh 4.8 km.
Boleh tahan penat juga tu.......

Bos ibu ,Pn Nik Fauziah (Guru Besar) yang amat sporting bersama seorang  guru dan
seorang staf berbasikal merentas kampung dan kebun kelapa sawit.
Ibu suka tengok gambar ni.
Nampak klasik sangat...Macam zaman-zaman dulu.......

 Yang ini 3rd Bos ibu, Pn Ramasiah turut berbasikal.
Alhamdulillah, staf2 di sini semua mesra alam.
Antara kami tidak ada status bos dan orang bawahan.
Kami sering berkongsi kisah suka duka bersama....
Kalau dah berlonggok penuh dengan gelak ketawa sampai tak hinggat.....

Ibu tak boleh join depa merentas desa.
Tugasan biasa ibu,
duduk di bawah bumbung yang teduh.
Depa takut kulit ibu terbakar kot......ngee.....

Kerja ibu menyusun medal untuk pemenang kejohanan.
Rasanya sejak posting sampai sekarang, inilah tugas ibu.
Pengerusi Hadiah dalam gengaman..."Tetap dan Berpencen"....hu.hu.hu....

 Beberapa minit ibu lihat kakak Naurah dah tiba diperkarangan sekolah.
Wah, bersemangat betul kakak nie....
Kakak punya semangat juang yang tinggi.
Bayang si bujang ibu belum muncul walaupun dah ramai peserta tiba.....

 Dan akhirnya, baru nampak kelibat si Farouk nie..
Alahai, kali ini tak tahu la Farouk dapat tempat keberapa dari belakang.....
Menurut rakan-rakannya, Farouk sempat duduk-duduk bersantai tepi parit kat hujung kampung...
Mengira ikan-ikan yang berenang-renang kat dalam tu.
Nasib baik Farouk tak join ikan tu berenang sekali....
Alahai, macam mana nak menang kalau macam tu Farouk....

 Muka sedih sebab......????????

.......tengok kakak Naurah dapat hadiah.
Kakak meraih kedudukan ke 8 acara bawah 12 tahun.
Tahun lepas kakak dapat no 9.
Masa 2X latihan kakak dapat kedudukan tercorot je tetapi kakak ni rajin berusaha.
Dalam keayuan kakak mampu juga meraih hadiah Top 10......
Itu yang Farouk jeles......

Dan yang paling Farouk jeles, kakak bakal dapat habuan ke 2
dari ayah untuk bulan nie..
Habuan pertama sebab kakak dapat
Johan Tokoh NILAM Daerah tempohari dan
hari ini kakak dapat hadiah merentas desa.
Itulah motivasi ayah untuk anak-anak.
Setiap kali memenangi apa2 acara pasti dapat habuan lumayan.....
Psssttttt!!!! nanti kita share ye Kakak!!!!...ngeee.....

Selesai acara menrentas desa dan makan-makan ada program ke 2...
Program keselamat jalan raya pula.
Penceramah jemputan Pegawai Polis dari Balai Polis Tangkak.
Ibu kena bahagian hadiah lagi.....Sabar jelah......

Ni bukan kes penderaan kanak-kanak macam kat dalam FB ye.
Ni kanak-kanak riang ria ribena sedang bersantai-santai menonton movie di makmal komputer yang sejuk!!!!
Abang dan kakak Tahap 2 sibuk dengar ceramah kat dewan,
adik-adik pra sekolah dan tahap 1 seronok je baring-baring dan landing-landing.
Tiba-tiba ibu pun rasa nak landing dengan mereka.
Comel je.....

Projek Conteng ke 2 Ibu 2012

Projek menconteng dinding diteruskan lagi.
Kali ini dah tidak sehebat projek yang pertama 
yang mampu ibu siapkan dalam masa 4 hari saja.
Kali ini asyik tertangguh-tangguh memandangkan beban kerja yang makin banyak 
dan emosi ibu dah stabil dengan perkhabaran buah hati ibu Sara Auni semakin sihat.
Syukur Alhamdulillah.

Ulat Buku ke Ulat Bulu???????
Apa-apa jelah, janji nampak macam ulat.
Mural ni khusus untuk Farah Naurah yang suka membaca sampai tak hinggat.
Alahai, dah ada cat yang terkopek tu!!!!!!!


p/s:
Hari ini ada kejohanan Merentas Desa.
Sekolah macam biasa.
Bila la hari Sabtu ibu nak santai-santai dengan anak-anak?????

About me