Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Februari 2012

Resepi Menara Kuih Ketayap

Menara???????
Kenapa "menara??????".
Saja tajuk nak buat gempak sikit.
Rumah ibu ni kalau masak apa-apa mesti akan jadi menara.
Maklumlah rakyat jelata ramai, jadi kalau masak mesti kena lebih.....

Petang semalam tiba-tiba ibu teringin nak makan kuih ketayap ni.
Kalau orang Kelantan panggil "kuih gulung".
Kebetulan dalam peti ais ada stok isi kelapa muda pemberian SIL sebelah rumah.
Dah beberapa hari terbiar sepi di situ......

Kebetulan gula merah tak ada pula dalam stok.
So sekarang ni ibu dah ada "kakak supir a.k.a Along".
Sekelip mata je suruh , dia terus pergi beli.
Alah, mini market pun sebenarnya dekat je dari rumah.
Orang tengah gian nak bawa kereta....
Kereta jugalah jadi mangsa Along......

Dengan gigihnya ibu masak inti kelapa tu.....
Along dengan gigihnya masak lempeng...
Naurah dengan gigih tukang gulung dan jadikan menara ketayap..........
Angah, Beby dan Farouk jadi tukang rasa.......

Taraaaa...menara ketayap ciptaan Naurah....he.he.he.....
Ni resepinya.....
  • Untuk Lempeng :
  • tepung gandum-sukatan ikut bilangan ahli keluarga la ye.....
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan-dikisar dengan air dan ditapis..kalau xde pun tak kisah........
  • 1 1/2 cawan santan @ susu segar @ susu tepung @ susu cair.....
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau

  • Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah -mengikut citarasa..kalau nak manis tambah lebih sikit....
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Inti : kelapa parut + gula merah +daun pandan. 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti bertukar warna keperangan. 
  3. Lempeng :tepung + secubit garam + santan . Kacau sehingga sebati . 
  4. Kemudian masukkan telur + minyak + perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. masak seperti kita memasak lempeng.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

Mesyuarat Agung PPIM

Rasanya dah hampir 5 tahun ibu tidak hadiri mesyuarat PPIM .
Petang Jumaat ibu dan M hadiri di atas jemputan.
Tempatnya memang jauh.
Memakan masa hampir 1jam setengah dari rumah ibu.

Balik dari sekolah dah pukul 1 petang.
Selepas solat Zohor terus bergegas ke sana.
Mengikut jadual mesyuarat bermula 2.45 ptg.
Biasalah, pukul 4.00 petang pun mesyuarat masih belum mula.
Adalah sedikit taklimat yang diberi memandangkan VIP belum tiba.
Banyak juga input yang ibu dan rakan-rakan dapat.
Sampai rumah dah Maghrib......

Banner Mesyuarat.

Lebih kurang 100 orang guru pemimpin seluruh daerah Muar/Ledang yang hadir.....

Ibu beli sehelai t-shirt PPIM dan sehelai seluar trek PPIM.
Sepasang tu berharga RM55.
Sekarang untuk guru pembimbing PPIM t-shirt dan seluar
dah berwarna purple.
Beria-ria ibu beli ni sebab hari Rabu ibu tak perlu lagi 
bersusah payah memakai baju kurung PPIM.
Saja mengelat nak ke sekolah ber t-shirt + berseluar trek......ha.ha.ha.
Baju koperat PPIM ibu tak beli sebab potongannya tak begitu menarik minat ibu.
He.he.he.....boleh ke macam tu?????

p/s:
Alhamdulillah sejak semalam header ibu dah kembali...
Juga terima kasih di atas nasihat dan cadangan rakan-rakan
terutamanya  affan yang bersungguh ingin membantu ibu....
Terima kasih semua.

18 Februari 2012

Bila 5F Membawa Diri.

Kesian 5 F (Along, Angah, Beby, Naurah dan Farouk).
Kebelakangan ini ibu dan Ayah amat-amat sibuk.
Seorang ke hulu dan seorang ke hilir.
Tinggallah anak-anak di rumah.
Memang kebelakangan ini tumpuan ibu pada mereka
agak kurang.
Nasib baik Along ada dan dapat menguruskan kerja-kerja
di rumah  dan menguruskan adik-adik.
Homework farouk pun along yang pantau.
Walaupun ibu rasa seolah-olah tidak adil kerana
meletakkan tanggungjawab pada Along.
Alhamdulillah, Along tidak pernah merungut dan melakukan semua itu
dengan penuh keikhlasan......

Semalam ibu sampai rumah dah Maghrib.
Anak-anak bersiap-siap termasuk si bujang kecil.

Along : " Ibu, lepas solat Maghrib kami nak keluar ye....???"
Ibu : Nak kemana????
Along : Kami nak ke KINI. Saja-saja nak bawa adik2 keluar...
Along guna kereta Ayah ye...."
Ibu : hati2 ye bawa kereta..jaga adik-adik...
Farouk : xpe ibu, farouk ada..farouk kan lelaki.....
Wah-wah, dia pula nak jaga kakak2......

Mereka solat berjemaah berlima sebab ibu masih belum mandi.
Dah jadi rutin mereka solat berjemaah waktu Maghrib dan Isyak.
Kesian pulak bila ibu tengok anak-anak
yang kekurangan perhatian ni...hu.hu.hu......

Mama ibu pun dah mula komen:
"Abah dulu cikgu jugak, mengajar sekolah tinggi lagi,
takdelah sibuk macam akak...Mama dengar akak ni sibuk sokmo.....
Ibu : Cikgu dulu tak sama dengan cikgu sekarang la mama......
Hu.hu.hu..tiba-tiba ibu tersentak!!!!!.

Dan hari weekend pun ibu dan Ayah masih ada hal.
Seawal pagi Ayah dah bertolak ke Kluang dan ibu
perlu ke sekolah untuk kelas tambahan.
Moga anak-anak ibu memahami.
Kami lakukan semua ini demi sesuap nasi dan mencari rezeki yang
halal buat mereka...........

5F, buah hati ibu dan Ayah semasa percutian kami.....
Mereka memang rapat dan sentiasa bersama......

Walau ke mana, mereka tidak pernah lupakan ibu.
Cool Blog untuk ibu......

About me