Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Februari 2012

Good Luck Naurah.

Hari ini Farah Naurah mewakili Zon ke 
Pertandingan Tokoh NILAM peringkat Daerah.
Seawal pagi dia telah bertolak ke PKG.

Persaingan kali ini lebih sengit memandangkan
semua calon yang bertanding telah terpilih mewakili Zon masing-masing.
Selain temuduga dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
ada juga Forum, Persembahan  dan pelbagai. katagori lagi.

Ibu harap Naurah dapat lakukan yang terbaik.
Bukan kemenangan yang diharapkan tetapi pengalaman berharga
yang dikutip dari pertandingan yang disertai untuk membina
keyakinan diri.......

Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada Along
kerana banyak membantu Naurah dalam memantapkan Naurah
dalam aktiviti berforum dan bercerita dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum berangkat ke PKG.
Gambar blur la pulak...hu.hu.hu....

Good Luck Kakak...
Ibu sentiasa mendoakn yang terbaik untuk anak ibu....

13 Februari 2012

Kau Sentiasa di sisiku....

Kalau orang lain, 
mungkin hp akan sentiasa dalam gengaman tetapi tidak pada ibu.
Yang sering bersama ibu adalah kamera.
Dan yang paling dasyat,
 ibu ni bukan seorang yang kreatif bab-bab tangkap gambar.
Main tibai semacam aje.
Terkadang gambar tu menjadi ,tetapi banyak yang tak jadi....

Dalam simpanan ibu sekarang ada 2 buah kamera dan 1 dslr.
Dslr dah jadi gajah putih kat rumah dan ibu lebih suka bawa kamera kompak.
Senang dan ringan...
Sumbat je dalam hbag.....

Kalau tertinggal hp ibu masih tidak kisah tetapi kalau
tertinggal kamera, seharian jiwa ibu tidak tenteram,
jiwa akan gundah gulana.......
Kerana kau sentiasa dihatiku.....
Gambar candid  dari seorang rakan.
Cuba lihat apa dalam gengaman ibu........

Kuih Chara + Serunding Recycle.

Semalam ibu masak kuih chara nie.
Kebetulan masa Majlis Maulidur Rasul hari tu banyak dapat gulai daging.
Tak habis makan.
Rasa membazir pula kalau dibiarkan begitu saja.
So ibu masak gulai tu sampai kering.
Bila dah kering maka terhasillah seolah-olah serunding daging.

Intinya merimpah ruah kerana stok serunding home-made yang banyak.

Resepinya kuih chara klik sini .

About me